“Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya” – Dr Dzulkefly Ahmad

Berita

“Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya” – Dr Dzulkefly Ahmad

Penjualan rokok elektronik atau vape bakal diharamkan sepenuhnya di masa akan datang, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurut Harian Metro, tindakan itu akan dibuat secara berfasa bermula dengan pengharaman sistem terbuka sebelum diperluas kepada semua jenis vape.

Advertisement

Ujar Dr. Dzulkefly, keputusan tersebut dibuat untuk membendung penyalahgunaan produk berkenaan dalam kalangan pengguna di negara ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan had masa yang ditetapkan bagi pelaksanaan pengharaman sepenuhnya penjualan produk itu.

Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengadakan perbincangan terperinci bersama kementerian dan jabatan utama.

Dr Dzulkefly Ahmad

Tambah beliau, perbincangan tersebut membabitkan Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia serta Pejabat Penasihat Undang-undang.

Dr Dzulkefly juga memaklumkan hasil penelitian dan cadangan pelaksanaan pengharaman itu bakal dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Ia bagi mendapatkan persetujuan dasar, seterusnya menjadi asas kepada pelaksanaan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape di negara ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

penjualan rokok dan vape diharamkan secara terbuka
2025-03-13 12:17:44

Kerajaan Haramkan Penjualan Rokok & Vape Secara Terbuka Bermula 1 April

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...