“Penjual Produk Yang Beri Diskaun Sebenarnya Yang Bunuh Produk Tanpa Sedar”

Trending

“Penjual Produk Yang Beri Diskaun Sebenarnya Yang Bunuh Produk Tanpa Sedar”

Trend tudung Muslimah di Malaysia sentiasa berubah. Satu ketika dulu, tudung bawal Jepun sangat popular dan menjadi pilihan ramai. Kini trend lebih ke arah shawl dan Instant Hijab, dan terbaru ialah tudung bawal Pucci.
an
Produk yang sedang viral atau popular, biasanya ramailah yang menjadi penjual. Bagaimanapun seorang pengguna Facebook mempunyai pendapat lain.


Nur Azwa Norazmi di Facebook mendakwa bahawa produk ini bukan produk trendy atau bermusim, tetapi jualannya berkurang dan akhirnya lenyap kerana permainan harga oleh para penjual. Ikuti tulisan Nur Azwa:

Advertisement

Sekarang viral tudung bawal pucci. Dulu mula-mula keluar, RM 20 tak silap. Lepas itu jumpa penjual jual RM 19, RM 18, RM 15..hari ini jumpa RM 13!

Sebagai pembeli saya mestilah suka kan dapat beli yang murah!

Tetapi percaya tak lagi sebulan dua dah tak ada dah yang nak jual tudung tu. Sebab apa? Penjual jual murah sangat sampai hampir harga kos! Korang penjual ke nak buat amal? Kalau nak buat amal, bagi je free terus. Senang!

Macam inilah fenomena yang selalu terjadi kepada produk-produk Melayu, bila penjual Melayu. Fikir jalan pintas. Aku kena jual murah baru ada orang beli! Rezeki masing-masing!

Hellooooo…

Kan lagi indah kalau semua orang jual harga yang sama. Jadi siapa yang pelanggan hubungi, itu baru rezeki dia. Bukan dengan cara bagi diskaun!

Hari ini jual bawal Pucci dengan harga murah, esok lusa orang dah tak nak beli sebab tak ada nilai dah. Pastu korang cari lagi produk yg viral, jual lagi murah..tak penat ke?

Saya perasan yang selalu jual murah ni dia hanya jual produk bermusim. Sebenarnya bukan produk itu bermusim, tapi sebenarnya dia yang bunuh produk tu tanpa dia sedar!

Pada pendapat penulis, penjual menjual produk berbaloi dengan kualiti produk tersebut. Misalnya, pada tahun 2013, penulis mendapati kain yang digunakan untuk menghasilkan bawal Crepe sangat berbeza. Kainnya berpermukaan lebih licin dan lembut sedikit, berharga RM 15 tetapi kini pada tahun 2016 bawal itu dijual RM 5 sehelai, tetapi tekstur fabriknya lebih kasar dan keras sedikit.

Jadi versi ekonomi sesuatu barang dikeluarkan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan produk berharga lebih murah apabila produk tersebut menjadi popular. Malah, bawal Pucci juga mempunyai gred tersendiri.

Gred kain lebih baik biasanya dijual lebih mahal. Terpulang pada pembeli untuk membuat penilaian. –amazingnara.com

Sumber: Nur Azwa Norazmi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...