Baru-baru ini, tular di media sosial tentang kebanyakan penjual jeruk mangga asam boi yang kini didakwa majoritinya adalah warga asing seperti Bangladesh dan Rohingya.
Ramai warga asing jual mangga tepi jalan
Hal yang lebih mencuri perhatian ramai kerana mereka sering kali menutup muka sepenuhnya atau memakai kostum watak popular seperti Mickey Mouse, Spiderman dan lain-lain ketika berniaga di tepi jalan.
Perkara ini mendapat perhatian netizen yang mula menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati apabila membeli makanan ringan ini, terutamanya di lokasi yang biasa dikenali sebagai ‘traffic light’ atau lampu isyarat.
PERINGATAN
Mohon jangan beli/makan jeruk mangga asam boi traffic light lagi.Sekarang kebanyakkan warga asing(bangladesh,rohingya) yang jual terutamanya yang menutup penuh muka atau memakai costume Mickey mouse,spiderman dan lain-lain pic.twitter.com/0p65x1sYUO— jijiee malaya (@khairulazizi75) May 14, 2025
Terlalu kotor, simpan mangga dalam longkang
Bahkan dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, kelihatan kotak-kotak yang diisi dengan mangga yang hendak jual diletakkan dalam longkang atau di tempat yang kotor.
Menurut beberapa pengguna media sosial, penampilan penjual yang bertopeng dan memakai kostum itu bukan sahaja menimbulkan rasa kurang selesa, malah menimbulkan tanda tanya tentang kebersihan dan keselamatan produk yang dijual.