Tahun 2016 ada juga yang percaya hal tak masuk akal dan tak boleh dibuktikan oleh kajian saintifik. Contohnya ‘kewujudan’ jin dalam kandungan ibu setelah diimbas melalui mesin ultrasound. Merepek!
Kisahnya, seorang peniaga jamu ini berkata pelanggannya hantar gambar ultrasound scan dengan penampakan makhluk halus bersama bayinya yang berada dalam kandungan. Kononnya pelanggan tersebut terkena ‘buatan orang’ dan cuba berubat menggunakan jamu yang dijualnya.
Betulkah apa yang didakwanya itu?
Post Peniaga Tersebut Tentang Penampakan Makhluk Halus Dalam Kandungan…
Penjelasan Sebenar
1) Dia menyatakan bahawa gambar yg seakan2 muka itu merupakan makhluk ghaib iaitu jin yg dihantar utk menggangu ibu tersebut. Btw, ibu tu tengah pregnant
Penjelasan. Sebenarnya itu bukan muka jin ataupun makhluk halus. Itu adalah kaki bayi tersebut. Bahagian yg dikatakan muka makhluk halus itu adalah bahagian lutut kiri bayi. Sebelah kiri itu pula adalah tangan bayi. Dan jika dapat lihat lagi, sebelah je drpd tangan bayi itu adalah kepalanya. Mgkn bayi itu tgh menghisap jari
2) Untuk mentafsirkan sesuatu ultrasound, kita tidak menggunakan satu gambar yg statik sahaja. Sebenarnya, keseluruhan prosedur ultrasound itu sendiri akan menunjukkan apa sebenarnya dalam perut ibu itu. Kadang2 bila kita ‘freeze’kan gambar tersebut, muncul lah imej2 seperti muka org yg sebenarnya adalah struktur2 badan bayi tersebut. Dengan keseluruhan prosedur scan sahaja boleh melihat ada makhluk lain ataupun tidak dlm perut ibu tersebut. Bukan dgn gambar statik yg ditafsirkan oleh org yg jahil dalam bidang radiology.
3) Kakak punya statement diakhiri dgn menjual produk. Nampak sgt anda menipu disitu. Apa kena mengena produk anda dgn nak halau jin dalam perut ibu tu. Kak, kalau nak niaga, niaga betul-betul jangan menipu.
Gambaran Sebenar
Inilah gambaran yg sebenarnya. Kalau tengok yang paling kiri sekali tu muka baby tu. Mungkin tengah hisap jari kut.
Bulatan kiri tu dikatakan muka jin.
Ada Jin Ke?
Rata-rata komen netizen tak percaya dan berasa lucu dengan ‘penampakan jin’ tersebut. Baguslah, sekurang-kurangnya kita tahu masyarakat kita pengguna bijak dan tidak mudah tertipu dengan perkara sebegini.
Semoga peniaga yang ambil kesempatan untuk melariskan produk tu segera insaf. Tak kaya mana pun menipu orang macam ni. Kan?
Sumber: Pseudoscience Watch