Sedia maklum, sejak beberapa hari yang lalu, kecoh di platform media sosial mengenai pergolakan rumah tangga usahawan popular, Jofliam dan isteri, Cik Epal yang didakwa berpunca dari orang ketiga.
Susulan isu ‘panas’ ini, pempengaruh media sosial, Cik Epal enggan memberi sebarang kenyataan berhubung isu pergolakan rumah tangganya bersama Jofliam.
View this post on Instagram
Kata Cik Epal, dia tidak mahu mendahului keputusan mahkamah syariah yang dipercayai akan diketahui dalam masa terdekat.
Buat masa sekarang aku tak nak bagi statement lagi. Penjelasan aku hanya selepas aku pasti status aku bukan lagi suami isteri tu dah sah.
Dalam pada masa yang sama, dia memaklumkan akan memberi kenyataan selepas semua kemelut yang berlaku selesai.
Sekadar info, selepas dakwaan kemelut rumah tangga berpunca dari orang ketiga, tular di media sosial foto Jofliam selfie bersama seorang gadis yang dipercayai pekerjanya yang bernama Dewi.