Penjelasan Raja Azmi Tentang Penceraiannya Dengan Jalani Sidek

Hiburan

Penjelasan Raja Azmi Tentang Penceraiannya Dengan Jalani Sidek

Semalam Abang Nara sempat membeli Harian Metro untuk membaca lebih lanjut tentang kes penceraian Raja Azmi dan Jalani Sidek. Untuk makluman, mereka berdua sudah pun berkahwin selama 28 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Pastinya ramai yang hairan mengapa Raja Azmi mahu bercerai di kala usia perkahwinan yang sudah begitu lama.

raja azmi cerai

Advertisement

Berikut ialah penjelasan panjang lebar Raja Azmi menerusi Harian Metro semalam untuk tatapan anda semua:-

Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu. Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami.

Antara fitnah itu, saya dituduh ada skandal dengan Roslin Hashim sedangkan semua itu tidak benar sama sekali. Sejak fitnah itu tersebar terutama dalam Internet, Jalani dilabel sebagai dayus dan takut isteri.

Tuduhan itu sangat keterlaluan dan saya tak sanggup lagi membiarkan orang terus mencemuh Jalani. Selama ini ramai saudara-mara dan sahabat karib tahu Roslin sudah macam ahli keluarga kami.

Jalani suami yang sangat penyayang dan ayah yang terlalu baik kepada anak kami. Jadi saya tak rela lagi melihat reputasi Jalani terus terjejas dengan kemelut kontroversi saya sehingga memberi tempias ke atas dirinya.

Kami cuba menyelamatkan perkahwinan ini dengan berbincang dan mencari pelbagai jalan penyelesaian, tapi ia masih gagal. Kami juga pernah mendapatkan khidmat kaunseling, namun tetap gagal.

Anak kami semuanya faham dengan situasi yang kami hadapi. Mereka sudah matang dan mengerti bahawa keluarga kami adalah mangsa fitnah.

Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Malah esok(hari ini)ulang tahun hari jadi saya. Apa lagi yang boleh saya katakan selain memohon petunjuk dan hidayah agar saya dan Jalani terus diberikan kekuatan meneruskan hidup.

Untuk semua di luar sana, saya ingin tegas bahawa inilah bahaya fitnah. Mungkin kepincangan yang berlaku dalam perkahwinan kami selama ini salah saya sendiri.

Saya akur dengan kelemahan diri dan akan cuba memperbaikinya. Saya juga berharap satu hari nanti Jalani akan bertemu dengan wanita yang lebih dalam hidupnya.

Jalani pula hari ini menerusi Berita Harian menjelaskan bahawa penceraian mereka tidak ada kaitan dengan orang ketiga sebaliknya hanya mahu memberikan kebahagiaan kepada Raja Azmi yang tidak putus-putus dilanda kontroversi sepanjang perkahwinan mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

50 Comments

  1. Dato Hassan Bin Haji Abu Bakar.

    June 29, 2012 at 3:56 pm

    sy setuju dengn komentar pertama.yang tak tulis perkataan FIRST!

    Sy rasa betul ape yg kawan2 kata.Pergaulan yang amat rapat seperti sebuah keluarga sekalipun TIDAK AKAN MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

    Justeru itu,bukan setakat si isteri,suami pun sama.Ni dh jadi budaya,rapat dengan orang tu,rapat dengan orang ni,alasannya dh kenal macam keluarga lalu boleh pula berdua2an ke sana sini. Maaflah,kes dua kali roslin bercerai pun menjadi tanda tanya yang amat kritikal.Siapa raja azmi dalam hidup roslin.

  2. rainbow

    June 29, 2012 at 1:09 pm

    bahaya pergaulan di antara lelaki dan perempuan bkn mahram yg boleh menimbulkan fitnah..

  3. berdiam

    June 29, 2012 at 11:56 am

    pengajarannya, kak azmi, jangan cakap, tak perlu jelaskan pada media. semua akan dijadikan bahan berita, kritikan, cemuhan, prasangka..lebih baik berdiam dan biarlah rahsia sebab musabab.

  4. merpati

    June 29, 2012 at 10:24 am

    mcmne org x wt fitnah, sbb si raja azmi ni yg byk timbulkan syak.. “rapat” ko ngn roslin tu kalah rapat mcm adik bradik.. smpi dok berdua sebilik hotel(walaupun x buat apa) .. g tgk raja lawak berdua dok sebelah2… bkn tv x shoot korg berdua.. aku sndri naik kompius, tetiap minggu ko mst ade ngn roslin dok sblh2.. org start bukan fitnah, cume tertanya2 sndri.. ‘relationship” mcmne kalau setiap kali ayik bersama berdua.. kan ke x manis bnde tu sbg status isteri org.. pendapat je…

  5. dhani

    June 29, 2012 at 10:04 am

    aku tak phm…..bercerai sb rumahtangga sentiasa difitnah..bila semua family tau dorang berdua sentiasa di fitnah maknanya si suami n isteri sure takkan melatah dgn fitnah2 yg melanda sb memasing percaya sama sendiri n tau apa yg org kata tu tak betul sama sekali.

    So kalo dh sedia maklum yg depa ni byk dicemuh dgn benda2 yg tak betul then kenapa mesti mengalah?manusia akan bercerita dan bila penat akan berhenti KECUALI kalo ada diantara bahan yg dicerita tu mmg salah sorang keep on buat. Atau sebenarnye tu sbg alasan jer pd media?nmpk mcm RA yg beria nk bercerai ni..apa2 pun semoga di waktu edah ni terbuka hati utk perbetulkan keadaan n rujuk kembali.

Loading...