June 28th, 2012

Semalam Abang Nara sempat membeli Harian Metro untuk membaca lebih lanjut tentang kes penceraian Raja Azmi dan Jalani Sidek. Untuk makluman, mereka berdua sudah pun berkahwin selama 28 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Pastinya ramai yang hairan mengapa Raja Azmi mahu bercerai di kala usia perkahwinan yang sudah begitu lama.

raja azmi cerai

Berikut ialah penjelasan panjang lebar Raja Azmi menerusi Harian Metro semalam untuk tatapan anda semua:-

Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu. Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami.

Antara fitnah itu, saya dituduh ada skandal dengan Roslin Hashim sedangkan semua itu tidak benar sama sekali. Sejak fitnah itu tersebar terutama dalam Internet, Jalani dilabel sebagai dayus dan takut isteri.

Tuduhan itu sangat keterlaluan dan saya tak sanggup lagi membiarkan orang terus mencemuh Jalani. Selama ini ramai saudara-mara dan sahabat karib tahu Roslin sudah macam ahli keluarga kami.

Jalani suami yang sangat penyayang dan ayah yang terlalu baik kepada anak kami. Jadi saya tak rela lagi melihat reputasi Jalani terus terjejas dengan kemelut kontroversi saya sehingga memberi tempias ke atas dirinya.

Kami cuba menyelamatkan perkahwinan ini dengan berbincang dan mencari pelbagai jalan penyelesaian, tapi ia masih gagal. Kami juga pernah mendapatkan khidmat kaunseling, namun tetap gagal.

Anak kami semuanya faham dengan situasi yang kami hadapi. Mereka sudah matang dan mengerti bahawa keluarga kami adalah mangsa fitnah.

Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Malah esok(hari ini)ulang tahun hari jadi saya. Apa lagi yang boleh saya katakan selain memohon petunjuk dan hidayah agar saya dan Jalani terus diberikan kekuatan meneruskan hidup.

Untuk semua di luar sana, saya ingin tegas bahawa inilah bahaya fitnah. Mungkin kepincangan yang berlaku dalam perkahwinan kami selama ini salah saya sendiri.

Saya akur dengan kelemahan diri dan akan cuba memperbaikinya. Saya juga berharap satu hari nanti Jalani akan bertemu dengan wanita yang lebih dalam hidupnya.

Jalani pula hari ini menerusi Berita Harian menjelaskan bahawa penceraian mereka tidak ada kaitan dengan orang ketiga sebaliknya hanya mahu memberikan kebahagiaan kepada Raja Azmi yang tidak putus-putus dilanda kontroversi sepanjang perkahwinan mereka.


50 responses to “Penjelasan Raja Azmi Tentang Penceraiannya Dengan Jalani Sidek”

  1. siput says:

    gila baik raja azmi…tolong jaga nama baik suami atas kutukan orng ramai dengan bercerai…xpernah aku jumpa org mcm ni….klu aku lantak apa org kata klu kita tak wat salah wat pe cerai…Allah tahu segalanya

  2. Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

    eh tapi minah jambu dngar si laki nye raja azmi ada pompan lain bab tu dorang berceraiiiiiii……..kalau tk tkan dorang bercerai ! dh berpuloh taon berumah tangga aleh2 je cerai cian knnnnnn…….tkpa lah bersabar je raja azmi ok tenang2 kn pikiran tkda laki pn lagi bagos lah ……

  3. :) says:

    Ni yang dikatakan tua tak sedar diri. Adik beradik pun takdalah rapat sgt mcm pompuan tua ni dgn si jonggang…..

  4. loona says:

    sepatutnya semakin difitnah semakin kukuh ikatan suami isteri.. saling sokong menyokong.. dah brp lama DS anwar kena fitnah, tak de pulak isteri
    mintak cerai.. malahan sentiasa setia mempertahankan maruah suami…

Loading...