Penjelasan Raja Azmi Tentang Penceraiannya Dengan Jalani Sidek

Hiburan

Penjelasan Raja Azmi Tentang Penceraiannya Dengan Jalani Sidek

Semalam Abang Nara sempat membeli Harian Metro untuk membaca lebih lanjut tentang kes penceraian Raja Azmi dan Jalani Sidek. Untuk makluman, mereka berdua sudah pun berkahwin selama 28 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Pastinya ramai yang hairan mengapa Raja Azmi mahu bercerai di kala usia perkahwinan yang sudah begitu lama.

raja azmi cerai

Advertisement

Berikut ialah penjelasan panjang lebar Raja Azmi menerusi Harian Metro semalam untuk tatapan anda semua:-

Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu. Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami.

Antara fitnah itu, saya dituduh ada skandal dengan Roslin Hashim sedangkan semua itu tidak benar sama sekali. Sejak fitnah itu tersebar terutama dalam Internet, Jalani dilabel sebagai dayus dan takut isteri.

Tuduhan itu sangat keterlaluan dan saya tak sanggup lagi membiarkan orang terus mencemuh Jalani. Selama ini ramai saudara-mara dan sahabat karib tahu Roslin sudah macam ahli keluarga kami.

Jalani suami yang sangat penyayang dan ayah yang terlalu baik kepada anak kami. Jadi saya tak rela lagi melihat reputasi Jalani terus terjejas dengan kemelut kontroversi saya sehingga memberi tempias ke atas dirinya.

Kami cuba menyelamatkan perkahwinan ini dengan berbincang dan mencari pelbagai jalan penyelesaian, tapi ia masih gagal. Kami juga pernah mendapatkan khidmat kaunseling, namun tetap gagal.

Anak kami semuanya faham dengan situasi yang kami hadapi. Mereka sudah matang dan mengerti bahawa keluarga kami adalah mangsa fitnah.

Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Malah esok(hari ini)ulang tahun hari jadi saya. Apa lagi yang boleh saya katakan selain memohon petunjuk dan hidayah agar saya dan Jalani terus diberikan kekuatan meneruskan hidup.

Untuk semua di luar sana, saya ingin tegas bahawa inilah bahaya fitnah. Mungkin kepincangan yang berlaku dalam perkahwinan kami selama ini salah saya sendiri.

Saya akur dengan kelemahan diri dan akan cuba memperbaikinya. Saya juga berharap satu hari nanti Jalani akan bertemu dengan wanita yang lebih dalam hidupnya.

Jalani pula hari ini menerusi Berita Harian menjelaskan bahawa penceraian mereka tidak ada kaitan dengan orang ketiga sebaliknya hanya mahu memberikan kebahagiaan kepada Raja Azmi yang tidak putus-putus dilanda kontroversi sepanjang perkahwinan mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...