Penjelasan Mufti WP Berhubung Isu Kibarkan Bendera Putih Untuk Meminta Bantuan

Trending

Penjelasan Mufti WP Berhubung Isu Kibarkan Bendera Putih Untuk Meminta Bantuan

Akhir-akhir ini, kempen kibarkan ‘bendera putih’ di hadapan rumah rata-rata mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Tindakan ini sebagai petunjuk bahawa individu tersebut memerlukan bantuan keperluan hidup memandangkan ramai yang terjejas sejak pandemik ini.

Namun, tindakan ini menjadi tanda tanya adakah ianya dibolehkan dalam agama kerana sikap meminta-minta di dalam agama tidak digalakkan.

Advertisement

Oleh itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memberi penjelasan berhubung isu ini menerusi laman web rasmi.

Menurut pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggunakan bendera putih sebagai insiatif untuk meminta bantuan ketika kesusahan bergantung kepada perspektif kita melihat perkara tersebut. Jika perbuatan itu atas dasar membantu mereka yang memerlukan dengan cara memudahkan pihak yang ingin memberi bantuan dan mengenal pasti pihak yang ingin berada kesusahan, maka boleh dilaksanakan. Namun, jika dilihat itu sebagai salah satu yang mengaibkan diri sendiri maka wajar dielakkan.

kempen bendera putih

Gambar Hiasan

Ketika detik ini, ramai pihak yang sudi menghulurkan bantuan dan juga menyediakan nombor untuk dihubungi. Mereka juga boleh mnghubungi terus pihak yang membantu untuk segera mendapatkan bantuan. Hal ini bergantung kepada pertimbangan masing-masing dalam melaksanakan melalui insiatif yang dirasakan selesa.

Meminta bantuan ketika kesusahan tidak dilarang di dalam Islam bahkan digalakkan untuk mereka yang mampu dari segi harta untuk mencari orang-orang yang susah dan fakir miskin. Kebanyakan individu beranggapan ramai yang bertahan ketika berada dalam kesusahan namun sebenarnya mereka yang susah memilih untuk memendam keresahan dan berdiam diri. Ini bersandarkan dengan firman Allah SWT :

“Pemberian sedekah itu ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya – oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya” – Surah al-Baqarah (273)

Antara meminta-minta dan meminta kerana susah

Perbuatan meminta-minta ialah perbuatan yang buruk namun perlu difahami bahawa perbuatan meminta-minta yang dilarang itu ialah bagi orang yang mempunyai kemampuan serta cukup keperluannya yang kemudian masih lagi meminta-minta daripada orang lain.

Imam Ibn Kathir ketika menerangkan bahawa perkataan dalam ayat 273 Surah al-Baqarah merujuk kepada perbuatan meminta-minta kepada orang lain dalam keadaan dia tidak mempunyai hajat atau keperluan kepadanya. Menurut beliau lagi, perbuatan meminta-minta yang dilarang juga merujuk kepada orang yang sengaja meminta sesuatu daripada orang lain untuk menambah atau memperbanyakkan hartanya. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir [2]).

Kesimpulannya, meminta bantuan sama ada dalam bentuk kewangan, makanan dan bantuan-bantuan lain dibenarkan bagi orang yang betul-betul dalam kesempitan. Manakala hukum menggunakan bendera putih sebagai cara untuk meminta bantuan ketika kesusahan bergantung kepada perspektif individu melihat perkara tersebut.

Bagi yang ingin membantu, tanamkan seikhlas hati untuk membantu dan kepada yang memerlukan bantuan boleh memohon banyuan mengikut kaedah yang dirasakan selesa dengan cara masing-masing.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...