March 30th, 2011

erma fatima

Di atas ialah sekeping gambar tarian oleh golongan mak nyah yang telah dipersembahkan sempena sambutan hari jadi Erma Fatima baru-baru ini. Mula-mula Abang Nara agak pelik juga kenapa Erma Fatima buat sambutan hari jadi sebegini. Nampak sangat tidak sesuai dengan perwatakan Islamiknya. Namun selepas baca penerangan daripada Erma Fatima di Utusan Malaysia hari ini barulah Abang Nara memahami.

Rupa-rupanya Erma tidak tahu menahu langsung tentang jenis persembahan yang akan dihidangkan kepadanya pada majlis tersebut. Dan majlis tersebut telah dirancang oleh sahabat baik Erma sendiri. Dan Erma tak sanggup keluar daripada majlis tersebut demi menghormati air muka penganjur.

Saya tahu, bukan niat penganjur untuk memalukan saya. Apabila saya menyaksikan persembahan itu, tak kan saya nak tinggalkan majlis serta merta? Kalau saya berbuat demikian, saya tidak menghormati sahabat yang menganjurkan majlis untuk saya

Abang Nara tak berani cakap sebab Abang Nara pun tak berapa pandai sangat bab-bab ini. Tapi Erma nampaknya tidak mahu memperbesarkan hal ini. Erma mahu cerita ini tidak dikontroversikan dan sanggup membiarkan dirinya dipersalahkan atas isu ini.

Saya tidak menyangka perkara ini (majlis hari lahirnya) akan jadi sampai macam tu sekali. Saya faham penganjur yang menganjurkan majlis itu bukannya mahu memalukan saya atau sesiapa pun. Saya tidak pandang persembahan oleh paper dolls itu sebagai sesuatu yang menjijikkan. Saya tidak pandang hina dengan persembahan itu. Biarlah apa orang nak kata. Kalau di pandangan mata orang lain itu sesuatu yang salah, salahkan saya. Jangan salahkan tetamu atau penganjur atau persembahan.

Sepatutnya pihak penganjur merangkap sahabat baik Erma Fatima ini berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kejutan sebegini. Macam-macam jenis kejutan lain yang boleh dibuat untuk menggembirakan seseorang di hari jadinya. Dan Abang Nara tak rasa persembahan sebegini sesuai untuk sebuah majlis sambutan hari jadi.

Apa pun semoga kita semua mengambil iktibar daripada cerita Erma Fatima ini. Kalau nak senang, buat kenduri doa selamat pun lagi bagus. Tak gitu?


Comments are closed.

Loading...