Penjawat Awam Selangor Bakal Peroleh Bonus Sehingga 3 Bulan

Trending

Penjawat Awam Selangor Bakal Peroleh Bonus Sehingga 3 Bulan

Berita gembira buat semua penjawat awam Selangor untuk raya ini apabila bakal menerima bonus sehingga 3 bulan gaji pada tahun ini bergantung kepada indeks petunjuk prestasi (KPI) kerja masing-masing.

Bukan bonus sehingga 3 bulan sahaja mereka akan peroleh, tetapi bayaran RM1,000 iaitu insentif Mahabbah Selangor yang akan diberikan kepada 19,244 penjawat awam negeri dan kepada 739 kakitangan Persekutuan yang berkhidmat di Selangor.

Advertisement

Menurut Utusan Malaysia, Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bayaran yang memberi implikasi kewangan sebanyak RM33.84 juta kepada kerajaan negeri itu akan dibuat pada 7 Jun nanti.

Selain itu, bantuan khas kewangan satu bulan gaji juga akan diberikan kepada kakitangan beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) negeri melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM5.621 juta.

Sukacita lagi saya mengumumkan suatu bantuan khas kewangan berjumlah RM4.172 juta untuk imam satu dan dua, bilal satu dan dua, siak satu dan dua serta nazir masjid, yang mana setiap mereka menerima RM400 melibatkan 2,053 masjid.

Manakala bagi petugas surau untuk kategori jawatan sama melibatkan 390 surau akan menerima RM300 seorang.

 

Pasti semua penjawat awam Selangor gembira sangat dengar berita ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...