Penjawat Awam Ini Kongsi “Kisah Pahit” Selepas Berhenti Kerja Hingga Ibunya Merajuk

Trending

Penjawat Awam Ini Kongsi “Kisah Pahit” Selepas Berhenti Kerja Hingga Ibunya Merajuk

Pasti ramai yang lebih suka memilih bekerja sendiri daripada bekerja secara makan gaji. Tetapi ada juga yang lebih selesa makan gaji dek kerana pendapatan yang diperolehi adalah tetap tanpa perlu merasa bimbang.

Namun bagi mereka yang lebih memilih masa dan kualiti hidup yang lebih berkualiti, mereka pastinya sedia berkorban jiwa dan raga malah sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk dapatkan ilmu sebelum berhenti kerja.

Advertisement

Salah satunya anda boleh melihat pada perkongsian seorang saudari bernama Mcyah Joanjett yang berkongsi cerita mengenai pengalaman beliau setelah berhenti kerja.

Sejak akhir-akhir ni hangat isu BERHENTI KERJA/RESIGN. Berbaloikah?

Salam perkenalan dari BEKAS PENJAWAT AWAM PPKP GRED U29 . Atau lebih dikenali dengan jawatan INSPEKTOR KESIHATAN.

Ramai yang berhenti kerja hidup senang-lenang, berjaya dan mewah. Tak kurang juga yang merempat, menyesal dan mengais pagi makan pagi demi sesuap nasi.

Genap 3 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, suami pula genap 1 tahun. Masa ni aku partime buat kuih tapi penat sangat sebab anak dua2 kecik.

Dua-dua masih tak reti bertatih. Fuhh. Kehidupan bertambah berat apabila suami terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari kerja.

Cuti sakit selama 400 hari. Disini bermulanya keperitan hidupku. Dirumah akulah ibu akulah bapa, akulah isteri akulah suami.

Dulu masa suami sihat ada juga duit lebih sebab dia partime buruh kasar. Sekarang memang zero lah. Harapkan separuh dari gaji U11 memang tak tertanggung.

Pagi-pagi sebelum kerja, aku hantar anak ke taska. Kemudian aku akan ke tempat kerja punch card dan minta kebenaran bos keluar urus suami.

Aku akan balik siapkan suami untuk dibawa ke klinik terdekat bersihkan luka. Siap dia makan minum aku akan masuk kerja semula.

Petang-petang balik kerja, selepas amik anak aku akan bawa mereka pusing-pusing dengan kerusi roda. Kesian juga suami bosan terperuk dirumah.

Keadaan ini sukar kerana kami tinggal jauh dari kampung dan keluarga. Minta tukar balik kampung tapi xada rezeki.

Apabila keadaan suami beransur pulih. Aku tekad nak ubah nasib keluarga, aku mohon sambung pengajian supaya boleh naik pangkat atau mohon pekerjaan lain.

Harapan aku, boleh la hidup senang sikit gaji besar. Suami dengan patah kaki sanggup hantar aku sampai depan asrama di USM Pulau Pinang.

Tapi aku lupa, jika kau tak berduit, secomel mana pun anak kau, sebagus mana pun anak kau, takkan ada orang yang sudi jaga mereka dalam tempoh masa yang lama walaupun saudara mara.

Aku betul betul terkesan dengan isu ini. Aku sempat belajar 6 bulan sahaja.

Kemudian aku terminate walaupun ia sebuah impian besar. Dahla time tu suami terpaksa pinjam duit RM1k untuk bayar yuran pendaftaran pengajian aku. Maafkan aku.

Aku kembali bekerja seperti biasa dan uruskan anak-anak serta suami yang masih bersimen kaki nya.

Aku pinjam duit tabung di pejabat sebanyak RM2,000, campur duit gaji kami, campur simpanan dalam tabung haji dan aku ajak suami ke vietnam untuk beli barang niaga.

Jenuh jugak bawak dia dengan berkerusi roda, imigresen tanya macam-macam hihi. Aku bagi alasan bawak suami sakit ke sana untuk berubat haha.

Suami boleh berdiri dan berjalan dengan kaki simen tapi tak boleh lama nanti sakit. Sukar jugak nak kemana-mana sebab kami tambang taxi motor je.

Nak naik yang kereta takut lari bajet. Walaupun sukar gila kat sana, kene tipu hidup-hidup, dibawa lari oleh taxi moto tu.

Maklumlah pertama kali sampai sana.

Tapi akhirnya kami boleh juga beli tudung dan kasut untuk dibawa balik malaysia. Aku jual online dan offline. Pukul 8 pagi – 5 petang kerja seperti biasa.

Rehat pukul 1-2petang orang lain pergi makan, aku pulak sibuk cod dan pos barang. Bonet keretalah kedai aku. Hehe.

Malam jual secara online dan bungkus barang. Kadang suamilah yang tolong tulis borang dan bungkus dirumah. Hujung minggu aku berniaga dipasar malam. Alhamdulilah rezeki sentiasa ada.

Dari order barang dengan supplier 2 kotak je, dah jadi berkotak kotak. Dari 2-5 parcel dah jadi 10-20 parcel sehari. Dari simpan stok atas katil, dah boleh order rak buat mini stor. Syukrann.

Tempahan tak putus-putus, online offline sama-sama ligat. Tak kurang yang nak jadi ejen. Dari buat sorang-sorang dah ada 20 orang ejen.

Kemudin aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada kerja hakiki. Setelah buat keputusan dan sediakan payung sebelum hujan, aku pun buat keputusan berhenti kerja.

Apa yang paling buat keluarga dan orang sekeliling terkejut adalah, kami suami isteri resign serentak bersama pada hari dan tarikh yang sama.

Apa kata keluarga? Fuhh memang krisis betul. Dalam 7 beradik, aku sorang je yang keje makan gaji. Bak kata pepatah, akulah harapan keluarga.

Memang mak aku merajuk tak mahu bercakap dengan aku. Marah. Ayah pula redha. Tapi muka dia kesal. Keluarga sebelah Suami?

Sama juga weh. Ayah dia, Abang adik dia semua kerja makan gaji, takkan nak pecahkan tradisi keluarga kenn. Huhu

Aku cakap dengan suami, tak mengapa kita sama-sama bangkit dan buktikan yang kita boleh. Kami berdua buat bisnes masing-masing.

Suami buruh kasar, dia dah mula masuk kursus, pergi kelas, buat lesen pembinaan. Aku juga sama, ke majlis-majlis ilmu, bina team luaskan rangkaian pemasaran.

Sebulan selepas resign, aku pregnant anak ketiga, tapi aku tetap gigih ulang alik ke kilang di Vietnam untuk shipping barang.

Alhamdulillah sekarang genap 1 tahun kami berhenti kerja dan selamat menimang cahaya mata ketiga. Suami dari gali lubang sendiri, pasang paip sendiri, sekarang dah punya sebuah syarikat construction dan team bernama #tz9088construction.

Pelbagai job kerajaan dan swasta suami aku dapat. Syukur. Aku juga sama, dah punya pejabat sendiri, gudang sendiri, pekerja tetap dan sambilan, hampir 700 orang ejen dibawah naungan #9088legacySDNBHD dan 5 transport hasil jualan online. Dari zero emas sekarang kumpul 1kg lebih dah.

Allahuakhbar. Aku sangat gembira walaupun aku tak sehebat dan semewah orang lain tapi aku lebih hebat dari aku yang dulu.

Terlalu cepat dan singkat masanya. Segalanya untuk sebuah kehidupan yang sempurna. PTPTN aku dah bayar cash lega di dada. Nampak ringkas tapi aku sangat struggle untuk buktikan segalanya.

Apa aku buat SEBELUM BERHENTI KERJA?
 aku pastikan bisnesku stabil selama 6bulan.
 gigih simpan 6bulan gaji.
 ada bisnes planner.

Apa yang aku buat supaya aku boleh sustain dalam bisnes selepas resign?
 jaga hubungan dengan Allah, ibubapa, keluarga.
 aku hadir majlis ilmu.
 aku tidak membuat pinjaman bank dalam perniagaan.
 aku melibatkan diri dalam kebajikan sukarela.
 zakat dan cukai wajib bayar.
 gigih marketing.
 realisasikan impian orang tersayang.
 abaikan cakap cakap orang sesungguhnya ia akan membuat kita rasa down.
 sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dengan Allah dan tidak putus asa.

Pilihan ditangan kita sendiri. Harus seiring dengan usaha dan semangat kental. Allah sentiasa ada bersama kita, kita sahaja sering kali melupakannya.

MasyaAllah. Janganlah kita cemburu dengan rezeki orang lain.

Sesungguhnya kau tidak akan pernah rasa kesukaran yang mereka hadapi. Keperitan yang mereka alami. Kesakitan yang mereka rasai.

Bebanan yang mereka tanggung.

#9088legacy
#9088legacybrandstory

PASTI AKAN HADIR PELANGI SESUDAH HUJAN.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...