Penjawat Awam Guna Media Sosial Waktu Kerja Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib – CUEPACS

Hiburan

Penjawat Awam Guna Media Sosial Waktu Kerja Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib – CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan aktif menggunakan media sosial seperti TikTok dan Facebook ketika sedang bertugas.

Memetik laporan Harian Metro, Presidennya iaitu Datuk Dr Adnan Mat bekata, penjawat awam sepatutnya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tugas semasa waktu bekerja sebagaimana yang dinyatakan dalam surat edaran rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh Jun 2013.

Advertisement
main phone waktu kerja

gambar hiasan

Penggunaan media sosial sewaktu bertugas tanpa keperluan rasmi boleh dianggap menjejaskan produktiviti dan menyalahi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993].

 

Oleh itu, CUEPACS menasihatkan semua penjawat awam agar mematuhi garis panduan ini demi menjaga integriti dan profesionalisme perkhidmatan awam.

Mengulas mengenai jumlah penjawat awam yang dikenakan tindakan atas pelanggaran Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Datuk Adnan Mat menjelaskan bahawa pihak CUEPACS tidak mempunyai akses kepada maklumat tersebut.

Apa yang lebih utama, CUEPACS menggesa semua penjawat awam agar sentiasa mematuhi etika dan tatakelakuan yang digariskan dalam perkhidmatan, termasuk ketika menggunakan media sosial, demi menjaga maruah dan reputasi perkhidmatan awam di mata rakyat.

penjawat awam

gambar hiasan

Beliau turut menyeru agar semua penjawat awam sentiasa mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dan menggunakan media sosial secara bijak sebagai platform untuk menyampaikan maklumat yang bermanfaat, bukannya menjejaskan imej jabatan atau kerajaan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

70,000 Penjawat Awam Didakwa Buat Pinjaman Peribadi Untuk Sambut Hari Raya
3 months ago

70,000 Penjawat Awam Didakwa Buat Pinjaman Peribadi Untuk Sambut Hari Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...