Penjawat Awam Dilarang Buat Kenyataan Awam, Boleh Dibuang Kerja Jika Didapati Bersalah – JPA

Kehidupan

Penjawat Awam Dilarang Buat Kenyataan Awam, Boleh Dibuang Kerja Jika Didapati Bersalah – JPA

Sedia maklum, majoriti masyarakat pada masa kini mempunyai akaun media sosial sendiri seperti Facebook, X dan Instagram.

Ada yang guna media sosial sekadar berkongsi hal peribadi, tapi tak kurang juga yang suka luah pendapat termasuklah golongan pekerja dan penjawat awam yang kadang-kadang membuat hantaran berkaitan majikan atau kerajaan.

Advertisement

Penjawat awam dilarang buat kenyataan awam

main phone waktu kerja

gambar hiasan

Baru-baru ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan satu surat edaran ‘Larangan Membuat Pernyataan Awam Di Bawah Sabperaturan 19 (1) dan 19 (2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993’.

Menerusi satu hantaran di Facebook, surat tersebut merujuk kepada subperaturan 19(1) yang melarang penjawat awam daripada membuat sebarang kenyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis, yang boleh menjejaskan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan berkaitan apa-apa isu.

Surat yang bertarikh 19 Jun 2025 dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz itu turut menyatakan bahawa penjawat awam tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama kerajaan.

penjawat awam main phone

gambar hiasan

 

 

Golongan itu juga dilarang daripada membuat sebarang ulasan mengenai kelemahan mana-mana dasar, rancangan atau keputusan kerajaan. Sebarang pernyataan atau ulasan juga tidak boleh disebarkan, sama ada ia dibuat sendiri atau dikongsi daripada individu lain.

Di bawah subperaturan 19(2), pegawai juga dilarang memberi ulasan tentang kelebihan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan, sama ada secara lisan, bertulis atau melalui apa-apa cara lain.

Mereka juga tidak boleh memberikan apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan perjalanan fungsi kerajaan dan memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang membabitkan kerajaan.

 

Pegawai awam juga tidak boleh menyebarkan apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan sedemikian sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain melainkan jika kebenaran bertulis, sama ada secara am atau khusus, diperoleh terlebih dahulu daripada menteri.

Boleh dibuang kerja

penjawat awam dibuang kerja

gambar hiasan

Surat edaran itu turut meminta Ketua Jabatan untuk menasihati dan memastikan pegawai di bawah seliaan masing-masing agar berhemah dalam membuat sebarang kenyataan, ulasan atau komen.

Mereka juga perlu dipastikan tidak menyebarkan maklumat palsu, berunsur hasutan, fitnah, provokasi, atau maklumat yang belum disahkan kesahihannya.

Sekiranya pegawai didapati melakukan kesalahan tersebut, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja sebagaimana diperuntukkan di bawah P.U. (A) 395/1993.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

2025-06-17 12:21:10

Penjawat Awam Guna Media Sosial Waktu Kerja Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib - CUEPACS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...