Penjawat Awam Dedah Gaji Hanya RM3,000 Tetapi Berhutang Sampai RM500,000! – “Kerja Gomen Kan Loan Senang Lulus”

Gaya Hidup

Penjawat Awam Dedah Gaji Hanya RM3,000 Tetapi Berhutang Sampai RM500,000! – “Kerja Gomen Kan Loan Senang Lulus”

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang individu yang memperolehi pendapatan sebanyak RM3,000 membuat pengakuan dan meluahkan tentang bebanan kewangan yang ditanggungnya.

Lelaki yang enggan identitinya diketahui ramai itu mendedahkan dia mempunyai hutang sebanyak RM500,000 dan dia kini bergelut dengan hutang tersebut.

Advertisement

 

Pinjaman peribadi lebih RM140,000

Berikut adalah hutang yang disenaraikan individu itu,

  • RM142,000 pinjaman peribadi
  • RM9,000 daripada dua bank yang berbeza
  • RM230,000 hutang dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
  • Tambahan RM100,000 dengan koperasi

banyak hutang

Jumlah hutang tersebut mencecah hampir setengah juta dan ia boleh dikira sangat banyak dengan jumlah pendapatannya sebegitu.

 

Cadangan isytihar bankrup

Individu tersebut turut bertanya tentang satu penyelesaian yang boleh dipertimbangkan iaitu mengisytiharkan dirinya sebagai individu bankrup.

Namun, dia risau jika kehilangan kerjayanya di sektor awam meskipun tidak pasti jika perkhidmatannya akan ditamatkan disebabkan bankrup.

Beberapa individu dilihat mencadangkan agar individu terbabit mendaftar di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan untuk mendapatkan bantuan.

komen

 

“Macam mana dia survive”

Perkongsian lelaki tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang mempunyai banyak persoalan dan memberikan respon mereka di ruangan komen.

Mengejutkan, ada yang mendedahkan ramai penjawat awam berada dalam situasi yang sama dengan individu terbabit dipercayai mungkin kerana pekerjaan mereka memudahkan untuk pinjaman diluluskan.

komen

Bila tak ukur baju di badan sendiri. Macam inilah, nak ikut selera. Moga dijauhkan.

Meskipun sesetengah warganet bersimpati dengannya namun ramai yang menganggap bebanan hutang ditanggung lelaki itu adalah disebabkan kegagalan membuat keputusan membabitkan kewangan, dengan baik.

bunuh diri
1 year ago

"Papa, Mama Dan Adik Pergi Dulu..." - Tak Mampu Lunas Hutang Terlalu Banyak, Cikgu Ajak Isteri & Anak Akhiri Hidup

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...