Penjarakan Sosial Dijangka Akan Diteruskan Hingga Tahun 2022

COVID-19

Penjarakan Sosial Dijangka Akan Diteruskan Hingga Tahun 2022

Umum mengetahui bahawa kita masih belum menemukan vaksin yang tepat bagi merawat penyakit disebabkan oleh COVID-19.

Baca: 70 Vaksin COVID-19 Sedang Dibangunkan Di Seluruh Dunia Dengan 3 Daripadanya Sudah Diuji Pada Manusia

Advertisement

Oleh kerana virus tersebut terlalu mudah dijangkiti, jalan penyelesaian untuk masalah ini hanyalah dengan melaksanakan ‘lockdown’ dan penjarakan sosial.

Namun, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh saintis di Harvard baru-baru ini, pelaksanaan ‘lockdown’ dalam tempoh yang singkat tidak akan dapat menghentikan penularan COVID-19 dan amalan penjarakan sosial mungkin perlu diteruskan secara konsisten hingga tahun 2022.

Difahamkan, bahawa COVID-19 akan menjadi satu wabak bermusim dengan kadar peningkatan jangkitan yang akan berlaku sewaktu musim sejuk.

Gambar Hiasan

Kajian itu telah dibuat semasa Amerika Syarikat (AS) mengalami situasi jangkitan yang sedang memuncak iaitu lebih 600,000 kes positif telah dicatatkan di sana.

Berdasarkan simulasi komputer pasukan Harvard, yang diterbitkan dalam jurnal sains menunjukkan penjarakkan sosial amat diperlukan bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Oleh itu, amalan penjarakan sosial ini tidak boleh dilakukan sekali sahaja, kerana ia tidak akan mencukupi dalam mengelak jangkitan COVID-19 dengan keadaan kapasiti penjagaan kesihatan di AS yang amat terbatas.

Apa yang perlu dilakukan ketika ini memandangkan tidak ada rawatan khusus untuk COVID-19, idea untuk melanjutkan tempoh penjarakan sosial adalah jalan penyelesaian yang tepat.

Difahamkan lagi, jika penjarakan sosial tidak dilakukan sehingga tahun 2022, penularan Covid-19 pasti akan berlarutan sehingga tahun 2024.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...