Penjara Terbesar Amerika Syarikat Akan Bebaskan 3,500 Banduan Untuk Membendung Penularan Wabak

COVID-19

Penjara Terbesar Amerika Syarikat Akan Bebaskan 3,500 Banduan Untuk Membendung Penularan Wabak

Salah satu penjara terbesar di Amerika Syarikat telah melakukan satu tindakan drastik dengan bercadang untuk membebaskan 3,500 banduan lebih awal daripada sepatutnya. Tindakan itu terpaksa diambil bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang dikatakan telah pun menular di dalam penjara itu.

Jabatan Pemulihan dan Rehabilitasi California (CDCR) berkata mereka yang akan dibebaskan itu adalah penghuni yang tidak berbahaya dengan hukuman baki kurang 30 hari saja lagi. Mereka yang dibebaskan ini juga adalah kumpulan pertama daripada penghuni yang mempunyai kesalahan ringan.

Advertisement

Manakala, kumpulan kedua adalah mereka yang mempunyai baki hukuman 60 hari juga akan dibebaskan tidak lama selepas itu. Pihak penjara tidaklah sewenang-wenangnya melepaskan penghuni yang bermasalah teruk seperti yang dikecohkan sebelum ini. Tetapi langkah ini terpaksa diambil bagi menjaga keselamatan bukan saja penghuni malah kakitangan yang lain.

penjara los angeles

Menurut sumber, seorang penghuni dan 11 pekerja telah disahkan positif COVID-19 di dalam penjara tersebut. Penghuni tersebut kemudian diasingkan bersama 150 lagi penghuni lain yang turut tinggal di ‘dorm’ yang sama. Lelaki berusia 72 tahun itu dijangkakan keluar dari penjara pada bulan Ogos ini.

Wabak COVID-19 dikatakan telah menular di 10 buah penjara menjadikan 22 orang pekerja dan 4 penghuni disahkan positif. Penularan yang pantas ini sekaligus membatalkan segala lawatan keluarga dari luar dan aktiviti sukarelawan dengan serta merta.

Selain itu, pihak berkuasa negeri lain termasuk New Jersey dan beberapa bandar turut mengumumkan langkah sama. Pada minggu lalu, Peguam Negara AS, Bill Barr memaklumkan kepada Penjara Persekutuan supaya membebaskan segelintir tahanan untuk mengurangkan kesan jangkitan Covid-19.

Sekiranya ianya diluluskan, pembebasan awal itu akan membabitkan sekurang-kurangnya 2,000 penghuni yang layak. Setakat yang direkodkan semalam, angka korban akibat COVID-19 di Amerika Syarikat telah melepasi 4,000 orang dengan lebih 180,000 kes dilaporkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...