“Penjaga Perlu Jujur Dan Ikhlas Untuk Mengasuh”, Kisah Nur Aisy Jadi Tumpuan Netizen

Trending

“Penjaga Perlu Jujur Dan Ikhlas Untuk Mengasuh”, Kisah Nur Aisy Jadi Tumpuan Netizen

Meratapi pemergian seorang anak bukanlah impian setiap ibu bapa. Baru sahaja hendak merasa nikmatnya mempunyai anak, namun perancangan Allah itu lebih tepat pada masanya.

Bukan melawan takdir, tapi sangat terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang cuai dalam mengendalikan anak asuhan mereka.

Advertisement

Itulah antara pesanan yang diberi oleh ibu arwah Nur Aisy yang mengalami kecederaan 100% pada otaknya akibatnya kecuaian pihak lain.

Ikuti perkongsian Ibu Nur Aisy..

Salam semua sahabat, berat untuk kami kongsikan keputusan post mortem Aisy. Tapi perlu juga untuk menghentikan spekulasi kenapa bayi saya “unconscious” ketika dikejarkan ke ED Hospital Serdang.

Saya nak maklumkan ianya bukan kerana “TERSEDAK SUSU”, bukan kerana “TERJADI SECARA TIBA-TIBA”, bukan berlaku kerana “KECUAIAN OLEH IBUBAPA” semasa riadah atau bukan kerana “JANGKITAN KUMAN”

Sedikit ringkasan kejadian:

6/4/18 – Dikejarkan ke hospital kerana unconscious, sel darah putih tinggi menyebabkan doktor mengesyaki anak saya ada jangkitan kuman (meningitis) dan diletakkan dalam wad icu di dalam bilik “isolation room” untuk elak berjangkit pada pesakit lain.

7/4/18 – Aisy di tempatkan di luar isolation room, kerana platlet darah kembali stabil dan tiada jangkitan kuman. Hasil CT scan, anak kami alami pendarahan dalam otak yang agak extensive. Diagnosis pakar memberitahu, kecederaan disebabkan oleh “BABY SHAKING SYNDROME”.

8/4/18 – Monitoring selama 48 jam untuk lihat positive progress dari Aisy. Kami terus berdoa yang terbaik untuk Aisy. Dan hari ini juga Allah bagi petunjuk ada kesan lebam belakang kepala, sedikit atas dari tengkuk (kawasan saraf utama).

9/4/18 – 3 orang pakar beritahu kecederaan otak Aisy 100% dan zero chance untuk survive. 4 hari didalam wad, keadaan Aisy tetap sama dan bergantung 100% dengan mesin. Dalam redha kami, ada pasrah. Sebab kami manusia biasa. Lebih kurang jam 11.35 malam. Aisy dijemput malaikat dan bertemu sang Pencipta. Jenazah disimpan di unit forensic, tujuan post mortem pada hari esok.

10/4/18 – Post mortem dan punca kematian di ketahui. Kenapa perlu buat post mortem, saya akan terangkan lagi pada entri berikutnya.

KEPUTUSAN POST MORTEM

Hasil post mortem sebab kematian anak kami adalah “BLUNT IMPACT TO THE HEAD” atau “HENTAMAN TUMPUL DI KEPALA”.

Bagaimana hentaman ini berlaku, sengaja atau tanpa sengaja masih lagi dalam siasatan kerana ada pihak yang tidak dapat memberi kerjasama.

Major event kecederaan otak Aisy, adalah disebabkan kekurangan pembekalan oksigen ke otak melebihi setengah jam, jangkaan kami. Menyebabkan “brain dead”.

PENGAJARAN

Perginya Nur Aisy adalah asbab kejadian ini, hakikat tiada yang kekal atas muka bumi ini. Sebenar ujian adalah kepada ibu bapanya, penjaganya, saudara dan semua sahabat yang terlibat secara dekat atau jauh.

Tuhan uji sejauh mana sabar, redha dan tawakkal kami ketika Dia mengambil insan yang kami sayang. Tuhan duga kepada penjaganya, sejauh mana boleh terima ujian, berlaku jujur dan redha dengan ujian.

Begitu juga pada yang lain, tidak kah Tuhan itu sengaja menjadikan kematian tidak lain tidak bukan sebagai peringatan kepada muslimin dan muslimat.

LANGKAH BERJAGA UNTUK IBU BAPA DAN PENJAGA

Sememangnya mati itu ditangan Tuhan, tapi menjadi kewajipan untuk ibu bapa dan penjaga menjaga amanah Tuhan ini agar terhindar dari kecuaian, kezaliman dan keganasan.

Setiap ibubapa dinasihatkan dulu tapis penjaga/pengasuh mengikut kuantiti anak jagaan yang ditetapkan, contoh 1 bayi 3 kanak-kanak. Jika lebih mungkin sesuai cari yang lain.

Jika tak ada yang lain, risiko di atas diri kita. Sbb tu jabatan kebajikan dah tetap kan berapa maksimum anak asuhan untuk di rumah dan taska.

Lihat juga persekitaran dalam rumah penjaga, mungkin ada yang cantik pada mata kita, tetapi itulah pembunuh mereka.

Penjaga juga perlulah bersikap jujur dan ikhlas untuk mengasuh. Alangkah ibubapa pun geram jika anak buat perangai. Lagikan orang lain.

Selebihnya saya doakan anak sahabat semua sihat dan selamat dalam lindungan Tuhan. Dan semoga penjaga juga terpaling dari segala kecelakaan yang sengaja atau tak sengaja.

Dalam kes Nur Aisy, ada pihak yang menyembunyikan kebenaran. Sebab tu Nur Aisy terpaksa di heret untuk post mortem.

Bukan kami minta, ianya adalah prosedur wajib jika kematian secara mengejut dan tanpa sebab yang kukuh. 4 hari Nur Aisy bernafas dengan mesin dan dibantu dengan medication.

Lagikan nak bedah jenazahnya, tapi abah yakin Nur Aisy anak yang kuat.

Jadi kami hendak tuntut pembelaan. Kes ini berada dalam siasatan polis, dan kami serahkan pada mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

Sedekahkan Alfatihah dan Al-Ikhlas untuk Nur Aisy.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...