Penipuan Pakej Umrah, 57 Kes Dilaporkan Sejak Tahun 2012

Trending

Penipuan Pakej Umrah, 57 Kes Dilaporkan Sejak Tahun 2012

umrahSebanyak 57 kes berkaitan kesalahan pengendalian pakej umrah membabitkan 12 syarikat dengan jumlah kompaun kira-kira RM240,000 direkodkan sejak 2012 hingga April lepas, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata lesen 11 syarikat itu dibatalkan manakala lesen pelancongan luar negara sebuah lagi syarikat ditarik balik, lapor FMT.

Advertisement

Selain itu, katanya, sebanyak 3,400 kes berkaitan penipuan pakej umrah difailkan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dengan nilai tuntutan kira-kira RM20.77 juta dalam tempoh yang sama.

“PDRM pula merekodkan sebanyak 216 kes penipuan pakej umrah atau haji dengan nilai kerugian kira-kira RM9.1 juta dalam tempoh masa sama.

“Semua kes ini melibatkan kegagalan agensi pelancongan mendapatkan visa umrah, tiada tiket penerbangan, pembatalan atau penangguhan pakej umrah serta pelanggaran terma dan syarat pakej umrah,” katanya kepada pemberita selepas Program Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak Kepenggunaan 2016 di sini, semalam.

Mas Ermieyati berkata dalam usaha menangani masalah penipuan umrah oleh syarikat pelancongan, kementerian melaksanakan pelbagai usaha seperti penganjuran kempen kesedaran dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, polis dan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU).

Beliau berkata kementerian turut mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara bagi mengawal penggantungan papan iklan melibatkan agensi pelancongan tidak berlesen yang menawarkan pakej umrah dan haji.

Katanya bagi mengelak ditipu, orang ramai perlu prihatin dengan harga pakej yang ditawarkan kerana harga minimum pakej umrah ditetapkan MKSU ialah RM4,900 untuk tempoh 12 hari 10 malam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.