Beberapa hari lalu telah viral kisah seorang wanita berniqab bersama keluarga yang dikatakan ‘mat salleh’ ketika di dalam flight pulang ke Malaysia.
Namun kisah tersebut telah disangkal oleh ibu kanak-kanak terbabit yang mendakwa perkara sebenar bukan berlalku seperti yang diceritakan.
Terkesan dengan beberapa komen yang mempersoal agama mereka, bapa kanak-kanak terbabit turut meninggalkan pesanan yang cukup “deep!”
Komen-komen menyakitkan hati
Assalamualaikum semua,
Baru baru ni cerita pasal anak saya telah diviralkan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab menggunakan agama sebagai asas, sampai lebih 35k orang Share dan macam2 comment yg menyakitkan hati sampai sanggup persoalkan agama kami dan telah membuat judgement yg kami ni bukan islam bagai.. di sini saya ingin memberi penerangan apa yang terjadi di hari tersebut.. flight ak 8715 dari kota Kinabalu ke kuala lumpur berlepas pukul 9 sampai pukul 11.30.. anak kami Dean al haq kurang selesa apabila flight takeoff dan cabin light ditutup..
Dia menjerit no light no light no light Dan tantrum sbb takut or nervous dgn keadaan gelap.. passenger sekeliling pandang kami macam kami tak pandai jaga anak.. ada yg geleng2 kepala dan tutup telinga ( mcm kami nak je anak tantrum dalam flight) kami cuba sedaya upaya untuk tenangkan dia dan berjalan ke sana ke mari utk pastikan dia tenang. sampai la lampu cabin dibuka semula dan wife saya terus bawak anak masuk toilet utk tenangkan dia dan dia terus tenang bila lampu dah ada..
Kenapa suka drama?
Kejadian tu dalam 20min more or less dan takde siapa bernama kak hasanah atau passenger2 lain datang membantu kecuali pramugari.. saya ingin tekankan di sini bahawa kenapa kita org Melayu ni suka betul pada drama? Tak cukup drama dkt rumah ke? Habis semua org share tanpa tau kejadian sebenar..
Islam ni bukan magic boleh buat hocus pocus bagai.. ia adalah cara hidup dan al Quran sebagai panduan.. Masing2 nak buat pahala cara senang.. ingat share 2 dapat pahala.. semua nak naik lift tanak naik tangga.. semua nak jihad berani mati masuk syurga terus.. semua nak short cut.. tanak baca dan fahami al Quran itu.. lebih senang mengikut org2 agama ni.. jadilah agama ikut ikutkan.. Al.Quran dibaca bagai syair syair sahaja.. pengertian jauh sekali..
Cerita macam dewa bagai
Sementara itu wanita yang menulis cerita berkenaan masih berdiam diri dan tidak memberikan apa-apa respon. Kalau dah sah-sah bukan ‘mat salleh’ seperti yang didakwa, hmm mungkin flight lain?
Kita tunggu jela penjelasan tuan punya cerita. Ibu dan bapa kanak-kanak tersebut dah tampil ceritakan perkara sebenar. Cerita siapa lebih betul?
Sumber : Zairil Abu Zainal