Peningkatan Kepada Jumlah Penyakit Jantung Berpunca Jarang Kena Cahaya Matahari

Trending

Peningkatan Kepada Jumlah Penyakit Jantung Berpunca Jarang Kena Cahaya Matahari

Dalam dunia serba moden ini, semakin banyak kita dengar penyakit yang pelik-pelik. Dari penyebaran wabak Covid-19, sehinggalah kepada serangan jantung mengejut di kalangan orang muda.

Seorang profesor dan ahli pembedahan neuro, Dr. Jack Kruse menyatakan, peningkatan kepada jumlah penyakit jantung ialah kerana keadaan hidup moden yang kurang terkena cahaya matahari.

Advertisement

Penyakit jantung koronari ialah penyebab utama kematian di seluruh dunia. Mengapa? Manusia moden hidup dalam keadaan duduk dalam rumah atau bangunan dan jarang keluar.

Ini sebabnya mereka yang tinggal di luar mempunyai jantung yang lebih baik dan kurang penyakit jantung. Matahari menang sekali lagi.

Dia turut menyertakan satu kajian bersama ciapannya. Rumusan kajian itu menyatakan, terdapat bukti pendedahan kulit kepada matahari melindungi dari tekanan darah tinggi dan penyakit kardiosvaskular. Kajian itu boleh diakses di sini. 

Seperti kita ketahui, matahari ialah sumber Vitamin D yang paling baik, terutamanya matahari pagi. Malangnya ramai yang mengelak dari terkena cahaya matahari dan lebih gemar tinggal di dalam rumah atau bangunan.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter lain menyatakan korelasi antara jarak satu negara dengan garisan Khatulistiwa yang menunjukkan, semakin jauh satu negara dari Khatulistiwa, semakin tinggi jumlah individu yang terkena penyakit jantung.

Lihat pada rajah di bawah (4) untuk melihat bagaimana semakin dekat sesebuah negara pada garisan Khatulistiwa (lebih sinar ultra-ungu), semakin kurang jumlah pesakit jantungnya:

Malaysia boleh dikatakan negara bertuah. Walaupun tidak mempunyai empat musim seperti negara lain, negara kita bermusim panas sepanjang tahun dan kita mempunyai bekalan Vitamin D paling terbaik dari matahari secara berterusan kerana kita berada betul-betul di garisan Khatulistiwa.

Mungkin kita semua patut kembali kepada zaman nenek moyang kita, lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah di bawah matahari, yang menyebabkan mereka sihat dan berumur panjang. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...