Peningkatan Jumlah Kenderaan Menjadikan Aliran Trafik Sesak

Kehidupan

Peningkatan Jumlah Kenderaan Menjadikan Aliran Trafik Sesak

Sekitar Lembah Klang, aliran trafik beberapa laluan utama mengalami kesesakan berbanding kebiasaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia berkemungkinan susulan pengumuman yang dibuat kerajaan berkenaan beberapa sektor perniagaan yang dibenarkan kembali beroperasi seperti sedia kala.

Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani meninjau di susur keluar Plaza Tol Sungai Besi, menuju ke pusat bandar raya mendapati kesesakan berlaku sepanjang satu kilometer sebelum melalui Sekatan Jalan Raya susur masuk ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Advertisement

trafik sesak

Beliau berkata, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur melaporkan, laluan dari arah Seremban menuju ke ibu negara Kuala Lumpur dan kawasan lain di Selangor agak sesak sejak pagi tadi terutama di kawasan yang ada sekatan jalan.

“Memang kita jangkakan akan berlaku halangan atau kelewatan di setiap sekatan jalan yang didirikan disebabkan pengguna jalan raya terpaksa menunggu pemeriksaan dan ini sememangnya tidak dapat kita elakkan demi memastikan tugas pemeriksaan dapat dilakukan dan semua pihak diharap dapat bersabar”.

lebuhraya

“Saya juga berharap supaya pengguna jalan raya dapat memberikan kerjasama kepada petugas penguat kuasa di sekatan jalan dengan memastikan semua dokumen kebenaran bekerja di sektor dibenarkan serta kebenaran melakukan rentas daerah dan negeri dalam keadaan mudah untuk ditunjukkan”.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan di sekatan jalan di Sungai Besi. Tindakan itu akan mempercepatkan sedikit jangkamasa untuk urusan pemeriksaan polis seterusnya membenarkan mereka melepasi sekatan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...