Pening Berdepan Member Jenis “Mulut Murai”, Guna Cara Ini Untuk Kawal Atau Elak. Nah!

Trending

Pening Berdepan Member Jenis “Mulut Murai”, Guna Cara Ini Untuk Kawal Atau Elak. Nah!

Shut Up! - Taped MouthBila ada kawan yang ramah dan disenangi memang okay. Tapi, kalau dapat yang banyak cakap macam mulut murai, penat juga nak melayan.

Kadang-kadang sampai tahu tahap, kita jadi tak tahan bila deorang ni cakap non stop. Jika ada kawan yang jenis macam ni, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengawal dan mengelak.

Advertisement

Tunjuk muka bosan

Tunjukkan reaksi yang anda tak berminat nak dengar cerita mereka. Tapi jangan la lebih-lebih. Mungkin anda boleh menguap atau tongkat dagu tanda bosan. Mesti mereka akan faham.

Ubah topik

Ubah perhatian rakan anda tu dengan bertanyakan soalan tentang perkara lain atau kongsi cerita lain. Kalau boleh cakap tentang sesuatu yang mereka tak tahu.

Tengok telefon

Ambil je telefon bimbit dan pura-pura sibuk. Dia sendiri akan bertanya apa yang kita sedang lihat dan akan berhenti bercakap. Jika dia kawan baik kita, dia tidak akan kecil hati.

Tegur dengan cara melawak

Jika mereka tu kawan baik anda dan anda boleh menegurnya, suruh je la dia berhenti cakap kejap dengan cara melawak. Jangan pulak anda bercakap dengan nada serius. Terasa dia nanti.

Lakukan aktiviti yang tak banyak berborak

Kalau dah tahu kawan anda tu mulut becok, pilih aktiviti yang sesuai kalau nak melepak seperti menonton wayang, bersukan atau karaoke. Tak ada la dia membebel dan telinga tak sakit.

Harap cara ini membantu korang mengawal atau berdepan kawan korang yang banyak mulut tu. heheheee..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.