Peniaga Tersentuh Majikan Cina Dan India Beri Sumbangan, Bantu Insan Tanpa Mengira Agama

Trending

Peniaga Tersentuh Majikan Cina Dan India Beri Sumbangan, Bantu Insan Tanpa Mengira Agama

Ketika ramai orang yang terjejas dengan pandemik ini, masih ada hikmah dan nikmat terselit yang boleh dipelajari.

Itulah yang terjadi kepada peniaga yang dahulunya mempunyai sebuah kantin pejabat di Petaling Jaya, tetapi kini terpaksa menghentikan seketika operasi kesan daripada PKP.

Advertisement

Pun begitu, usahanya untuk terus berniaga nasi lemak dan roti canai di tepi jalan Puchong, Selangor kini masih membuahkan hasil kerana jualannya yang selalu habis.

Apa yang membuatkan peniaga Mohd Farid Ahmad, 49 ini tersentuh apabila masih ada individu berbeza kaum yang saling membantu tanpa mengira agama.

peniaga nasi lemak

Sumber : Shahid Ibnu

Farid berkata, minggu lalu dia dihubungi seorang majikan berbangsa India di tempat kerja lama yang menawarkan diri untuk membantu mereka dalam kesusahan ketika PKP.

“Saya kenal bos ni dah bertahun-tahun semasa berniaga kantin. Dia pemurah orangnya, selalu beri sumbangan pada tabung buat surau dan tabung anak yatim yang letak di kantin”

“Minggu lepas dia contact saya tanya macam mana nak bantu orang susah dan terputus bekalan makanan masa PKP ni. Jadi saya cadangkan untuk tolong penduduk di PPR (Projek Perumahan Rakyat) di Puchong”

Bukan itu sahaja, majikan berusia 50-an itu memberi bantuan dengan meminta dia memasak sebanyak 100 bekas makanan kepada penduduk di PPR seperti bihun goreng, kue tiau goreng dan mi goreng.

keu tiau dan nasi lemak

Sumber : Shahid Ibnu

Lebih mengagumkan, lelaki yang merupakan kenalannya berbangsa Cina juga turut menyatakan hasrat sama untuk membantu golongan susah.

“Dia merupakan pemilik bengkel di mana saya selalu hantar kereta untuk dibaiki. Orangnya peramah dan selalu melayan pelanggannya dengan baik”

Untuk pengetahuan korang, usaha peniaga ini tidak terhenti setakat itu, malah dia masih lagi meneruskan sumbangan dengan 100 bungkus nasi lemak pada minggu ini.

Berkat pemberian sedekah, rezeki peniaga ini juga semakin bertambah hari ke hari.

“Bos Cina itu ada beritahu saya yang dia berniat nak buat 10 lagi sumbangan untuk masyarakat yang susah, cuma belum ditetapkan lokasinya lagi”

Jelasnya, kemuliaan hati dua insan ini ternyata menyentuh hatinya dikala pandemik yang memberi kesan kepada ramai pihak.

“Sekarang ni tak kira bangsa atau agama apa pun, semuanya terkesan. Sebenarnya tak perlu ada duit yang banyak pun, yang penting niat kita untuk menolong sesama insan”

Betul lah tu, nak membantu ini tak perlu kira bangsa atau agama. Selagi kita ni bergelar rakyat malaysia, kita mestilah bersatu padu.

Apapun, terbaik mereka ini, semoga terus dilimpahkan rezeki untuk terus membantu orang-orang yang memerlukan.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...