Peniaga Tepi Jalan Dan Juga Pembeli Bakal Berhadapan Tindakan Saman Tanpa Kompromi

Berita

Peniaga Tepi Jalan Dan Juga Pembeli Bakal Berhadapan Tindakan Saman Tanpa Kompromi

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf memaklumkan pihak mereka akan mula mengenakan saman terhadap peniaga dan juga pembeli yang terlibat dalam aktiviti menjaja di persimpangan lampu isyarat dan jalan raya di negeri itu tanpa sebarang kompromi, lapor Kosmo Online.

Ujarnya, tiada lagi notis amaran seperti sebelum ini kerana aktiviti jual beli tersebut boleh mengundang risiko kemalangan jalan raya selain program advokasi telah pun diadakan terhadap peniaga dan penjaja jalanan bagi tujuan memberi peringatan.

Advertisement

 

Meskipun tiada lagi kes melibatkan penjaja dan pengguna jalan raya direkodkan sebelum ini, namun pihak mereka telah menerima banyak aduan dan rungutan orang awam di mana kehadiran peniaga-peniaga tersebut telah sedikit sebanyak menganggu aliran trafik.

Ia bukan sahaja berlaku di Serembang tetapi juga di Port Dickson terutama lokasi lampu isyarat yang banyak kenderaan.

Penjaja tepi jalanSumber : Kosmo Online 

 

Bagi kesalahan tersebut, penjual atau penjaja dan pembeli boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,00 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Jelas Hanif, tindakan undang-undang itu dirujuk kepada Kaedah 10A(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 di mana tiada sesiapa dibenarkan untuk menjual dan menawarkan barangan atau benda kepada mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas kenderaan di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya.

Selain itu, Kaedah 10A(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pula menyatakan bahawa tiada sesiapa yang berada di dalam atau di atas kenderaan boleh membeli benda atau barang daripada mana-mana orang di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya.

Menteri Kanan Pertahanan
2 years ago

Tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Menyeluruh Akan Diadakan - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...