Seorang peniaga dari Singapura mengakui bahawa dakwaannya sebelum ini yang mengatakan pelakon dan usahawan, Betty Rahmad ‘meninggikan suara’ kepada pekerjanya hanyalah sekadar untuk meraih perhatian orang ramai.
Perkara itu didedahkan oleh seorang individu dikenali sebagai idofoodhunting yang memuat naik tangkap layar pengakuan peniaga tersebut di TikTok.

“Hi Betty Rahmad, saya rasa lelaki ini dah melampau ya.”
“Dia mengaku yang dia buat adalah untuk ‘clout’. Marketing murahan menggunakan nama awak untuk mendapatkan keuntungan,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terkejut dengan pengakuan tersebut dan meluahkan rasa simpati terhadap Betty yang sebelum ini menerima kecaman.
“Tak pasal-pasal Betty kena fitnah, maki hamun dan hentam.”
“Kesiannya lah, semoga dipermudah segala urusan dan dikurniakan rezeki berlipat ganda buat Betty,” tulis netizen.
Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang individu mendakwa seorang pelakon dan usahawan bersikap biadab terhadap pekerjanya di sebuah reruai ketika festival berlangsung.

Menerusi hantaran di TikTok, individu tersebut mendakwa pelakon berkenaan meninggikan suara kepada pekerja ketika situasi sedang sibuk melayan pelanggan.
Individu itu turut mempersoalkan tindakan tersebut dan menegaskan tiada siapa berhak melayan pekerja dengan cara sedemikian walaupun bergelar selebriti.
Bagaimanapun, Betty sebelum ini menerusi siaran langsung di TikTok menafikan dakwaan tersebut namun tetap mengambil pendekatan matang dengan memohon maaf sekiranya tindakannya menyinggung perasaan pekerja di reruai berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

