Peniaga Sambal Pakai Baju Melayu, Menang Perlaburan Dalam Rancangan Realiti Eropah

Kehidupan

Peniaga Sambal Pakai Baju Melayu, Menang Perlaburan Dalam Rancangan Realiti Eropah

Kerana merindui sambal ibu tercinta di tanah air, seorang pemuda Malaysia di University of Sheffield menjadi usahawan sambal yang diberi nama Mak Tok’s.

William Chew adalah seorang peminat masakan sambal hasil ibunya. Kini Chew telah mendapat bantuan dari rancangan realiti British iaitu Dragons Den in tears dengan modal dan bantuan perniagaan sebanyak 50,000£ (RM257,000).

rancangan realiti

Saya tahu formula kemenangan untuk sambal saya adalah dari hati yang ikhlas dan bahan semula jadi.

Advertisement

Semasa dalam rancangan realiti itu, Chew berjaya menambat hati Sarah Davies yang merupakan salah seorang jutawan terkenal.

Chew berjaya ditawarkan sebanyak 50,000£ bersama sepupunya, Ng Shang Yin dalam perniagaan sambal.

Pemuda yang berusia 28 ini adalah salah seorang calon dalam program realiti yang baru menceburi bidang perniagaan dan menyertai episod 3 musim ke-17 setiap hari Ahad.

Dragon Den adalah satu rancangan realiti dimana usahawan baru akan menceritakan idea mereka dalam masa 3 minit kepada lima jutawan dalam pelbagai perniagaan yang sanggup untuk melabur dalam syarikat mereka.

Rancangan realiti ini adalah berdasarkan program Jepun yang telah dihasilkan oleh BBC Manchester.

Pemuda berusia 28 tahun yang berasal dari Penang ini telah berjaya mempersembahakan resepi sambal ibunya.

Mak Tok’s adalah produk sambal yang dijual olehnya di Eropah yang diinspirasikan dari gelaran seorang wanita Malaysia.
sambal Mak Toks's diinspirasi dari seorang nenek

Chew mendapat idea menggunakan nama Mak Toks’ pada produknya semasa mengajar cucu lelaki wanita itu kelas muzik.

Mak Tok jugalah memberi idea untuk Chew menyedapkan lagi sambalnya dengan menambah ikan bilis berkualiti tinggi agar sambalnya lebih sedap.

Chew meneruskan perniagaanya dalam menjual produk sambal selesai menamatkan pelajaran bersama sepupunya di sana.
Chew dibantu sepupu buat sambal Mak Tok'sProduknya telah dihasilkan di kilang kawannya. Produk sambal ini boleh didapati di ladang, kedai, pasaran tempatan atau pasar raya di Yorkshire.

produk boleh didapati di sekitar YorkshireSambal yang dijual boleh dicampurkan ke dalam pelbagai jenis masakan, dari kari, laksa dan juga nasi goreng.

Beliau yang dilihat memakai persalinan baju Melayu dalam program itu berkata:

Saya orang Malaysia dan saya berbangga untuk menunjukkan kepada dunia budaya dan warisan dari baju Melayu yang dipakai.

bangga pakai persalinan baju Melayu

 

Semoga Chiew terus berjaya dalam hidupanya di bumi asing untuk mengusahakan sambal Mak Tok’s.

Selamat hari merdeka semua!

 

Sumber: News Straits Times

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...