Peniaga Pasar Masih Berdegil Membuka Gerai, MPKL Arah Tutup Segera Guna Pembesar Suara

Trending

Peniaga Pasar Masih Berdegil Membuka Gerai, MPKL Arah Tutup Segera Guna Pembesar Suara

Seramai 30 peniaga Pasar Pagi di Teluk Bunut, Banting dan Jenjarom ternyata masih berdegil kerana tetap membuka perniagaan mereka meskipun Perintah Kawalan Pergerakan mula berkuatkuasa mulai hari ini.

Keadaan pasar pagi tersebut tular di media sosial menerusi rakaman sebuah video yang berdurasi 11 saat dan dikongsikan oleh Khairul Azri. Video tersebut menunjukkan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menggunakan pembesar suara dan mengarahkan peniaga yang berada di kawasan tersebut untuk menutup gerai dengan segera.

Advertisement

Difahamkan pasukan penguatkuasa menerima laporan bahawa terdapat aktiviti jual beli yang berjalan seperti biasa kira-kira pada pukul 8 pagi. Peniaga tersebut dipercayai tidak mengendahkan Perintah Kawalan Pergerakan yang baru sahaja diumumkan.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh penguatkuasa MPKL dan peniaga akur untuk mengemas gerai mereka dan menutup dalam masa sejam. 

Pihak MPKL juga memberikan peringatan tegas kepada semua peniaga. Sekiranya terdapat lagi peniaga yang masih berdegil, mereka akan menerima notis ingkar arahan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran. Tindakan degil ini juga boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah seksyen 24(a) Akta 342.

Pemantauan di lokasi yang sama oleh pihak MPKL dilakukan untuk memastikan peniaga mematuhi segala arahan yang dikeluarkan. Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan meminta semua premis kerajaan dan swasta diarahkan menutup operasi perniagaan untuk sementara kecuali perkhidmatan yang penting.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...