Peniaga Pakaian ‘Bundle’ Temui Wang Tunai 550,000 Yen

Trending

Peniaga Pakaian ‘Bundle’ Temui Wang Tunai 550,000 Yen

Siapa sangka daripada membeli guni pakaian terpakai (bundle), seorang lelaki terkejut menemui sejumlah wang tunai 550,000 Yen (RM20,755.84) ketika beliau membuka guni pakaian tersebut di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, Kelantan.

Advertisement

Wan Mohamad Adam Wan Mohamed memberitahu beliau membeli dua guni bundle di sebuah gudang di Wakaf Bharu, Kelantan, Sabtu lalu dengan harga masing-masing RM50 dan membawanya pulang ke kedai.

Saya membuka guni berkenaan untuk disimpan memandangkan saya akan membuka kedai ‘bundle’ dalam masa terdekat dan menemui beg duit warna hitam di dalam kot. Saya terkejut melihat wang tunai yang terlalu banyak dan membuat kiraan sebelum mengambil gambar dan memuat naik di laman Facebook jam 9.20 malam kelmarin.

Jumlah wang tunai yang ditemuinya itu dianggap sebagai rezeki buat dirinya selepas membeli lebih dari 10 guni pakaian terpakai sejak sebulan yang lalu.

Difahamkan, Wan sudah menukarkan wang berkenaan sebanyak 450,000 Yen (RM16,800) yang akan digunakan sebagai modal untuk membesarkan lagi perniagaannya itu. Baki wang tersebut pula akan disimpan untuk kenangan.

Mungkin ini yang dikatakan sebagai rezeki terpijak ataupun durian runtuh. Apa yang anda akan lakukan kalau dapat wang sebanyak itu?

Sumber Berita : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...