Peniaga Nyaris Rugi Ratusan Ringgit Hampir Ditipu Individu Kononnya Tawar Tender Makanan

Trending

Peniaga Nyaris Rugi Ratusan Ringgit Hampir Ditipu Individu Kononnya Tawar Tender Makanan

Seorang peniaga nyaris kerugian ratusan ringgit selepas percubaan seorang individu mahu memperdayakan perniagaannya gagal.

Advertisement

Dalam kejadian kira-kira jam 5.24 petang Khamis, Nur Maisarah Mat Noh, 25, dihubungi oleh lelaki bernama Haji Idris Haji Ahmad yang kononnya bekerja dengan syarikat Petronas mahu menawarkan tender pembekal makanan Petronas dengan kontrak selama tiga bulan.

“Lelaki itu meminta saya menghubunginya dan dia menerangkan tentang kontrak tender tersebut. Saya juga diminta untuk membayar wang pendahuluan sebanyak RM500 ke akaun (peribadi) CIMB miliknya.

“Tetapi apabila saya meminta maklumat tentang dirinya, dia enggan memberi kerjasama,” katanya.

Curiga dengan niat lelaki itu, Maisarah membuat semakan nombor telefon 018-2521671 dan mendapati banyak kes penipuan yang melibatkan nombor telefon lelaki itu.

“Hati ini terdetik nak Google nombor telefon dia. Sekali tengok, keluar segala cerita lelaki ini telah menipu peniaga-peniaga makanan delivery 1 Malaysia. Rupa-rupanya dia memang menyasarkan peniaga-peniaga makanan delivery untuk menjadi mangsanya.

“Ya Allah, harap kawan-kawan delivery semua ambil maklum dan tidak terkena dengan individu bernama Haji Idris Haji Ahmad ini.

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu Pahat, semalam kerana bimbang dengan keselamatannya di mana sebelum ini segala maklumat tentang dirinya telah diberi kepada lelaki itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...