Peniaga Mengeluh Biskut Raya Kurang Terjual Tahun Ini

Trending

Peniaga Mengeluh Biskut Raya Kurang Terjual Tahun Ini

Membeli biskut raya bukan satu perkara asing bagi rakyat Malaysia untuk menyambut hari raya. Maklumlah, bukan semua mempunyai masa dan kesabaran untuk membuat biskut raya sendiri, jadi cara paling mudah ialah beli saja.

kuih_raya_all

Gambar hiasan

Saban tahun kita dengar cerita bahawa peniaga biskut raya ialah yang paling beruntung bila tiba musim raya, kerana mampu menjual biskut raya dengan mendapat pulangan keuntungan berlipat kali ganda.

Advertisement

Namun lain pula ceritanya tahun ini bagi seorang peniaga biskut raya di Kuala Terengganu, Terengganu, iaitu Zaharah Hassan, 36. Dia mula menjual biskut raya sejak lima tahun yang lalu dan berjaya menjual 1, 000 bekas biskut raya tahun lepas pada harga RM 16 sebekas.

Antara biskut raya yang dihasilkan oleh beliau ialah tat nanas, ‘cornflake madu’, biskut kelapa, biskut kacang, ‘coklat rice’ dan lain-lain termasuk pelbagai jenis kek akan dihantar ke sebuah pasar raya di daerah ini pada harga borong.

Namun menurut beliau pada tahun ini jualan biskut raya tidak begitu memberangsangkan walaupun tinggal seminggu saja lagi untuk raya. Ini ialah kerana ada yang menaikkan harga berikutan kenaikan harga bahan mentah untuk membuat biskut dan orang ramai khabarnya agak berhati-hati membuat pembelian pada tahun ini.

Menurut Zaharah:-

Walaupun harga bahan mentah naik, saya tetap jual setiap bekas biskut raya dengan harga borong iaitu RM13 satu bekas. Malah masih mengekalkan saiz dan bahan yang digunakan seperti (tahun) sebelum ini.

Walaupun ramai peniaga biskut raya naikkan sedikit harga jualan tahun ini, tetapi saya terpaksa jual murah kerana persaingan ramai, lagi pun biskut raya yang dijual di pasar raya ternama, mereka jual dengan harga rendah.

Zaharah memberitahu antara bahan mentah yang digunakan untuk membuat biskut telah naik harga ialah bekas kuih, marjerin dan kacang badam.

Dia menyatakan yang dia tetap mengenakan harga murah kerana terlalu banyak persaingan, tambahan pula pasaraya terkemuka menjual kuih raya dengan harga yang murah.

Sukar mendapat untung sekiranya saya mengenakan harga mahal walaupun barang naik.

Laporan asal: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...