Peniaga Makanan Myeongdong Street Pasang Papan Tanda Halal Bila Ada Pelancong Berhijab Sahaja

Trending

Peniaga Makanan Myeongdong Street Pasang Papan Tanda Halal Bila Ada Pelancong Berhijab Sahaja

Ramai pelancong datang ke Korea Selatan hasil populariti muzik K-pop dan drama-drama Korea. Pelancong dari Malaysia tidak ketinggalan. Namun begitu, agak sukar mencari makanan halal di sana menyebabkan ramai membawa mi segera sahaja atau berjalan jauh semata-mata untuk makan makanan halal.

Namun begitu, nampaknya ada yang mengambil kesempatan dari keadaan ini. Seorang pengguna Twitter mendedahkan, peniaga makanan di Myeongdong Street di Korea Selatan akan memasang papan tanda halal apabila ramai pelancong berhijab jalan di situ. Tetapi dia kemudiannya menurunkan papan tanda halal itu apabila lebih ramai pelancong Filipina berada di sekitar kawasan tersebut.

Advertisement

Dia juga menasihatkan pelancong Malaysia yang iingin mendapatkan info makanan halal agar ke Korea Tourism Organisation di samping mendapatkan baucer diskaun.

Ada juga yang memberitahu, terdapat banyak makanan halal di Itaewon dan pelancong beragama Islam sepatutnya berfikiran logik dalam membeli makanan di sana. Hanya makan jika penjual hanya menjual makanan laut sahaja. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.