Peniaga Kreatif Hasilkan Tote Bag Diinspirasikan Daripada Topeng Muka

Trending

Peniaga Kreatif Hasilkan Tote Bag Diinspirasikan Daripada Topeng Muka

Bermacam-macam cara yang dapat dilihat ketika ini bagaimana masyarakat dunia sedang bangkit untuk melepaskan diri daripada cengkaman masalah ekonomi akibat penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini di Kenya tular apabila pengusaha salon rambut mencipta gaya rambut aneh bersempena wabak COVID-19. Trend rambut ini mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan.

Advertisement

Baca: Fesyen Rambut Pelik Menyerupai Coronavirus dapat Sambutan Di Kenya

Lain pula kisah di Indonesia, sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan cetakan beg telah menghasilkan rekaan tote bag yang sangat kreatif. Rekaan ini turut mendapat perhatian netizen dari negara jiran.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arlie Percetakan Kain (@percetakankain) on

Arlie Percetakan kain telah tampil dengan rekaan tote bag topeng muka. Tote bag yang dihasilkan ini bersaiz sederhana dan bermakna pembeli akan mendapat topeng muka sebesar ukuran beg.

Pada mulanya, sebelum rekaan beg ini tular seorang pemilik akaun Twitter telah berkongsi rekaan beg ini di media sosial. Netizen berasa tertarik dengan idea yang dicetuskan oleh pereka beg tersebut.

Ruangan komen Instagram Arlie Percetakan Kain dibanjiri dengan pujian netizen yang mengatakan rekaan tersebut sangat menarik. Sehingakan ada yang bertanya sama ada penghantaran beg tersebut boleh dilakukan ke Malaysia atau singapura.

Tempahan rekaan beg ini masih dibuka sehingga 18 Mei sebelum operasi pembuatan dihentikan seketika untuk menyambut perayaan Hari Raya. Berita baik untuk para pembeli yang bukan dari Indonesia, mereka boleh menghantar beg ini hingga ke Malaysia.

Beg rekaan topeng muka ini antara contoh yang menunjukkan bagaimana pembeli boleh menyesuaikan pilihan fabrik yang diingini dengan pelbagai corak yang ada.

Dalam erti kata lain, pembeli boleh menghasilkan rekaan beg daripada cetusan idea sendiri. Dari segi harga pula, ianya bergantung kepada jenis penggunaan fabrik dan kos cetakan.

Usaha peniaga ini untuk memajukan perniagaan meskipun wabak COVID-19 belum berakhir sepenuhnya harus dipuji. Orang ramai juga perlu menyokong dengan menghargai dan membeli barang dari perniagaan kecil sederhana.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...