Peniaga Durian Menawarkan Hadiah RM 1.28 Juta Jika Dapat Menawan Hati Anak Perempuannya

Trending

Peniaga Durian Menawarkan Hadiah RM 1.28 Juta Jika Dapat Menawan Hati Anak Perempuannya

Seorang bapa dari Thailand ini mempunyai cara unik tersendiri dalam mencari pasangan hidup untuk anak perempuannya. Dia menawarkan sebanyak 10 juta bhat bersamaaan RM 1.28 juta.

Anak perempuannya berusia 26 tahun itu bersetuju untuk terus menjalankan perniagaan keluarganya itu.

Advertisement

Melalui status laman facebooknya, Anont Ratthong akan berikan hadiah dan jodohkan mana-mana lelaki yang berjaya memilih buah durian terbaik daripada ladang dengan anaknya itu.

“Mana-mana lelaki yang tahu memilih durian terbaik dan mengenal pasti ia dari ladang milik saya boleh memiliki anak saya”.

“Tidak perlu menyediakan sebarang hantaran, sebaliknya saya akan memberikan anda 10 juta baht tunai, 10 kenderaan, satu rumah, dua pasar durian dan anak perempuan daripada kelulusan daripada Assumption University dan memliki sarjana daripada Universiti Sun Yet-sen di China ” katanya.

Bila kedengaran agak kelakar dan tidak masuk akal, tetapi ketika ditanya wartawan, perkara berkenaan bukanlah satu gurauan.

Ujarnya, jika dia menunggu terlebih lama, anaknya Kansita Rotthong 26 tahun mungkin akan berkahwin pada usia yang lanjut.

Lelaki yang masuk dalam keluarga ini mestilah seorang lelaki yang baik budiman dan bukan kaki judi. Lagi satu, lelaki berkenaan mestilah mencintai anaknya dengan sepenuh hatinya.

katanya, ketika dia memulakan perniagaan durian, diaj uga bermula daripada bawah dan tidak mempunyai apa-apa. jesteru, dia ingin memberi peluang yang sama kepada anak muda di luar sana.

Seluruh keluarganya sangat menghormati keputusan bapanya itu.

 

Sumber: Bangkok Post

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...