Seorang pengguna laman sosial X, Faiz menyeru orang ramai untuk melaporkan sebuah akaun TikTok peniaga donat di Pulau Pinang kerana menggunakan cara promosi yang jijik.
Menerusi video dikongsi peniaga itu sebelum ini, seorang lelaki dilihat memegang patung beruang dan melakukan aksi lucah dan ia mengundang kecaman ramai di media sossial.
Lelaki tersebut juga menggunakan perkataan-perkataan yang memberikan ‘double meaning’ seperti ‘berayaq, berayaq, jet lagi’.
Tolonglah report ramai-ramai akaun ni. Kita tak boleh halang orang main TikTok tapi sekurang-kurangnya boleh halang marketing lucah bodoh macam ni.
Difahamkan, video tersebut dirakam bertujuan untuk mempromosikan sebuah pesta makanan yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah.
Selain video itu, peniaga tersebut juga turut dikecam kerana melakukan aksi lucah ketika berniaga donat.
Rata-ratanya berasa kurang senang kerana masih wujud sesetengah peniaga yang melakukan promosi dengan cara begitu dan tidak berfikiran jauh bahawa aksi seperti itu boleh menjadi ikutan anak-anak kecil.
Alhamdulillah, setakat ini belum pernah lagi makan makanan yang diletak dengan nama-nama yang buruk, hodoh dan lucah seperti sambal gila, air jagung ketagih, rendang sewel dan donat susu berair.
Hormati makanan, itu tuntutan agama.
pic.twitter.com/S677TzSnFX— Roman Akramovich (@SyedAkramin) November 9, 2024
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan telah menerima aduan dan akan menjalankan siasatan terperinci terhadap akaun dan video terbabit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.