Peniaga Dikecam Olah Makanan Arab Jadi ‘Dessert’ Stail Melayu – “Menangis Dorang Tengok Kunafa ‘Dimelayukan’”

Makanan

Peniaga Dikecam Olah Makanan Arab Jadi ‘Dessert’ Stail Melayu – “Menangis Dorang Tengok Kunafa ‘Dimelayukan’”

Tindakan peniaga Melayu mengolah makanan dari negara Arab mengundang pelbagai kritikan ramai apabila mereka menjual makanan terkenal Kunafa tetapi ‘diMelayukan’.

Menerusi video viral, peniaga itu yang menyertai karnival makanan baru-baru ini menjual ‘kunafa soft cookies’ yang dicampurkan dengan pelbagai elemen manis lain seperti coklat putih cair, ‘pistachio crunch’ dan sekeping lagi ‘soft’ cookies’ sebelum diakhiri dengan cairan coklat susu sebagai topping.

Advertisement

Menurut peniaga itu, pencuci mulut tersebut dijual pada harga RM25 dan dilancarkan bersempena dengan karnival makanan berkenaan.

kunafa soft cookies

Bagaimanapun, ia mengundang pelbagai komen dan ramai netizen mengkritik peniaga-peniaga di Malaysia yang gemar menjual pencuci mulut sebegitu.

Menerusi platform X, ada yang mengkritik tindakan peniaga yang suka mengolah makanan dari negara luar namun apabila makanan kita dibuat sebegitu, pasti akan menjadi isu.

Kita ubah makanan negara orang takpe. Orang usik makanan kita, dia punya marah macam yahudi nak amik rumah dia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aunty Ja suka dessert
6 months ago

"Tolong Ubah Jadi Lain Sikit" - Aunty Ja Kesal Ramai Sesuka Hati Tiru Konsep Perniagaan Suka Dessert

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...