Peniaga Di Pasar Harian Selayang Ini Cuba Menipu, Guna Penimbang Analog.

Trending

Peniaga Di Pasar Harian Selayang Ini Cuba Menipu, Guna Penimbang Analog.

Tadi aku gi kat pasar harian Selayang, beli sotong..harga mahal rm2 dari semalam. Tak kisah la sebab memang sotong saiz aku guna ni payah sikit nak jumpa skrang ni.

Advertisement

Anyway, pilih punya pilih, dia kata keseluruhan berat sotong ialah 3kg. Dia guna timbang cap ayam ajer, analog plak tu. Aku sebenarnya dah nampak timbangan kurang dalam 100gram. Sekali dia charge 3kg. Belum sempat aku nak tegur dia masukkan ais terus. Hati sudah bengang bhai.

Aku pun jalan ke kereta dalam hati menyumpah2. Doa orang dizalimi ni senang dimakbulkan kata org, maka aku pun doa yg tak baik kat tokay tu.. hamik ko. Biar punai ko kecik! Tapi bila pikir balik, mungkin aku yang silap.

Sampai ajer kat kereta, maka aku pun gigih keluarkan ais, dan masukkan kedalam plastik lain. Aku mintak izin pinjam penimbang digital dekat brader jual ikan cencaru.Timbang semula sotong tu. Timbangan adalah 2.580kg. Aku dah rugi rm11 bhai!!

Maka dengan genggaman padu dan hati nekad, aku capai plastik sotong tu, terus ke gerai no 490 puaka. Aku letak plastik berisi sotong atas penimbang digital dekat gerai dia.

Nah, timbangan hanya 2.580kg. Sama timbangan brader cencaru. (Dia ada penimbang bagus tapi takmo guna! Jimbake)

Dia tak cakap apa2, terus dia amik sotong 2 ekor masukkan dalam plastik. Siap nak letak ais lagi, aku kata tak payah. Hati ni yg patut letak dalam ais, panas bhai.

Dah tentu dia tahu yg penimbang analog dia ringan, kalau tak mesti dia dah pertikaikan yg aku mungkin keluarkan sotong dari plastik bag asal, pastu timbang semula.

Anyway, ini lah gerai yg aku report dekat Kpdnk pasal tipu timbangan udang Disember lepas. Ingatkan ada la improvement bila report. Hampas rupanya.

Moral of the story :

1. Fight for your rights
2. Jangan jadi babi yg nak kaya cepat dengan skem orang.

sekian.

ps- aku amik gambar, tapi tak clear la pulak. phone cikai haha.

Sumber : Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...