Peniaga Burger Dikompaun RM 50,000, Buka Perniagaan Lebih Had Masa Ditetapkan

Trending

Peniaga Burger Dikompaun RM 50,000, Buka Perniagaan Lebih Had Masa Ditetapkan

Seorang peniaga burger meluahkan rasa kecewa di akaun Facebook miliknya apabila mendakwa dia dikenakan kompaun RM 50,000 oleh pihak polis kerana kesalahana berniaga melebihi had masa.

Memetik laporan Harian Metro, individu dikenali sebagai Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, menjalankan perniagaannya di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan, Kelantan. Dia memaklumkan yang dia didatangi oleh beberapa anggota polis sewaktu menyiapkan tempahan makanan pelanggan pada jam 11.10 malam.

Advertisement

Menurutnya, pihak polis mengeluarkan kompaun RM 50,000 kerana kesalahan berniaga melebihi masa yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Facebook Faisal Burger

“Pada ketika itu, memang tiada seorang pelanggan di kedai dan saya sedang menyiapkan tempahan pekerja kilang” – katanya

“Saya memang belum tutup kedai tapi meja sudah disimpan. Saya hanya menyiapkan tempahan pelanggan untuk dihantar ke pekerja kilang” – tambahnya. 

Ketika dihubungi Harian Metro, dia terkejut kerana dikenakan kompuan dengan nilai setinggi itu. Menurutnya, pihak polis yang datang memaklumkan ada pihak yang membuat laporan dengan mengatakan kedai burger miliknya beroperasi lebih masa yang ditetapkan.

“Ketika PKP sebelum ini saya sudah dikenakan kompaun RM 1,000 kerana kesalahan yang sama. Anggota polis ada memberitahu, kompaun yang dikenakan dengan jumah RM 50,000 itu kerana kesalahan berulang”

Namun, peniaga itu tidak menyangka kompaun kali ini dikenakan dengan nilai setinggi RM 50,000. Dia merayu agar kompaun itu dipertimbangkan semula memandangkan hasil pendapatannya hanya menjual burger.

Facebook Faisal Burger

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten KomisioneR Abdul Rahman Daud mengesahkan kes kompaun berkenaan ketika dihubungi.

Advertisement

Menurutnya, kompaun bagi premis yang berniaga lebih masa atau membuka meja untuk pelanggan atau tidak menyediakan penyukat suhu memang jumlah kompaun pada kertas saman ditulis RM 50,000 sebagai jumlah maksimum. Manakala untuk kesalahan individu ditulis jumlah maksimum RM 10,000.

Walau bagaimanapun, peniaga boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...