Peniaga Bunga Dedah Bapa Dua-Beradik Lemas Pinjam Wang Sebelum Tragedi – “Nak Sambut Birthday..”

Trending

Peniaga Bunga Dedah Bapa Dua-Beradik Lemas Pinjam Wang Sebelum Tragedi – “Nak Sambut Birthday..”

Seorang peniaga bunga, Nurul, 33, mendedahkan bahawa beberapa hari sebelum tragedi dua kanak-kanak lemas di Sungai Linggi, Tanjung Agas, Port Dickson, seorang lelaki yang juga bapa mereka telah beberapa kali meminjam wang daripadanya berjumlah RM752 sebelum hilang secara tiba-tiba.

Nurul, yang berniaga di tepi pantai Klebang, Melaka, berkata dia mengenali lelaki itu sebagai pelanggan tetap selepas dimaklumkan oleh adiknya mengenai insiden terbabit. Sejak bulan lalu, lelaki dan keluarganya dikatakan sering berkunjung hampir setiap minggu kerana alasan kerja di Melaka.

Advertisement

dua beradik lemas

Kata Nurul kepada Kosmo!,

Mereka sangat baik dan kerap membeli bunga di sini. Pada 29 Ogos lalu, dia mendakwa telah dirompak di masjid dan meminjam RM150 daripada saya kerana bimbang tentang dua anaknya yang masih kecil.

Keesokan harinya, lelaki itu kembali ke gerainya meminjam RM100 lagi untuk membawa anaknya ke klinik. Selain itu, dia meminta Nurul menyediakan bunga bernilai RM250 dan membayar kek RM252 bagi sambutan hari jadi anak lelakinya. Nurul berkata, dia bersimpati kerana mempunyai anak lelaki sendiri dan membantu menyediakan sambutan tersebut, namun ia menjadi hari jadi terakhir anak itu sebelum tragedi berlaku.

Nurul menambah bahawa lelaki itu pernah berjanji akan melunaskan hutangnya pada Selasa lalu, tetapi tidak muncul hingga tragedi itu berlaku. Nurul juga telah membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga, Melaka, serta menyalurkan maklumat mengenai keluarga terbabit.

Sebelum ini, dilaporkan dua kanak-kanak meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki mereka tergelincir ke dalam Sungai Linggi ketika diparkir di tebing sungai dengan enjin dimatikan, sementara bapa mangsa keluar seketika untuk merokok. Polis menahan reman bapa dan seorang wanita selama tujuh hari sehingga 11 September bagi membantu siasatan.

pempengaruh Ija reka cerita kehilangan rupanya ke thailand
2025-07-19 15:35:24

Pempengaruh Dikhuatiri Lemas Rupanya Lari Ke Thailand! Adik Pun Bersubahat Reka Cerita & Tenggelamkan Kereta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...