Peniaga Berhijab Dikecam Gara-Gara Demo Jual Tuala Wanita Dengan Cara ‘Tak Senonoh’ – “Tak Pelik Sebab..”

Trending

Peniaga Berhijab Dikecam Gara-Gara Demo Jual Tuala Wanita Dengan Cara ‘Tak Senonoh’ – “Tak Pelik Sebab..”

Tular di Threads dua peniaga wanita yang dikecam hebat gara-gara mempromosikan produk tuala wanita dengan cara yang disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak sopan.

Dalam rakaman yang berlegar di media sosial, peniaga tersebut dilihat memakai tuala wanita sambil menunjukkan demonstrasi cara pemakaian namun yang menjadi isu, dia mengenakan seluar dalam di luar seluar yang sedang dipakainya. Aksi itu dikatakan sebagai “gimik jualan” untuk menarik perhatian penonton di TikTok.

Advertisement

 

View on Threads

 

Tindakan tersebut bagaimanapun mengundang kritikan ramai yang menyifatkan ia tidak menghormati sensitiviti masyarakat dan tidak sesuai untuk tontonan umum, apatah lagi platform TikTok turut diakses golongan remaja dan kanak-kanak.

“Jual barang tak salah, tapi cara tu tak kena langsung,” komen seorang netizen. Ada juga yang mempersoalkan mengapa peniaga berkenaan memilih cara promosi yang dianggap memalukan dan bertentangan dengan adab berniaga, tambahan pula salah seorang darinya memakai hijab.

tiktok jual tuala wanita

Sehingga kini, video berkenaan masih tular dan menjadi perdebatan netizen sama ada ia sekadar strategi pemasaran atau sekadar mencari publisiti murahan.

song jihyo
2025-07-31 12:02:13

Jualan Rendah Tak Halang Song Jihyo Tunjuk Kesungguhan, Siap Ukur Bra Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...