Peniaga Bazar Ramadan Sanggup Jual Kereta, Gadai Emas Untuk Modal Berniaga

Kehidupan

Peniaga Bazar Ramadan Sanggup Jual Kereta, Gadai Emas Untuk Modal Berniaga

Dua hari sebelum menjelang bulan Ramadan, kerajaan negeri Kelantan mengumumkan aktiviti bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri dibatalkan. Hal ini menimbulkan kekecewaan kepada para peniaga di negeri itu kerana kebanyakan daripada mereka sudah membuat persiapan untuk berniaga di bazar Ramadan.

Hal itu menyebabkan, peniaga-peniaga kecil di bazar Ramadan terpaksa menanggung kerugian sekaligus kehilangan sumber pendapatan mereka ketika bulan Ramadan.

Advertisement

Memetik laporan Kosmo, ada diantara peniaga kecil terpaksa menggadai barang kemas bahkan ada juga yang sampai menjual kereta milik sendiri untuk mendapatkan modal berniaga. Rata-rata para peniaga di bazar Ramadan kecewa dan merayu agar kerajaan negeri mempertimbangkan semula pembatalan tersebut.

Beberapa peniaga yang ditemui mendakwa mengalami kerugian apabila sudah berbelanja besar beli barangan mentah untuk persiapan pembukaan bazar Ramadan selain sudah membayar sewa tapak. Salah satu daripadanya terpaksa menggadai barang kemas beberapa ahli keluarganya dengan jumlah RM 5,000 semata-mata untuk modal berniaga.

Keputusan pembatalan bazar Ramadan itu membuatkan mereka tak dapat untuk memikirkan alternatif lain untuk mengatasinya.

Bukan itu sahaja, peniaga lain juga turut mendedahkan dia menjual kereta Perodua Myvi terpakai miliknya yang berjumlah RM 5,000 dan wang hasil jualan kereta itu digunakan untuk modal berniaga.

Para peniaga berharap kerajaan negeri tersebut dapat membantu peniaga kecil seperti membenarkan operasi bazar Ramadan dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Sumber 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...