Peniaga Bazar Ramadan Di Kelantan Dapat Sagu Hati, Bayaran Sewa Tapak Akan Dipulangkan Semula

Kehidupan

Peniaga Bazar Ramadan Di Kelantan Dapat Sagu Hati, Bayaran Sewa Tapak Akan Dipulangkan Semula

Susulan pembatalan operasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di Kelantan, pihak kerajaan negeri memperuntukkan RM 1.5 juta sebagai bayaran sagu hati kepada 2,500 peniaga bazar Ramadan yang berdaftar di negeri itu, lapor Harian Metro.

Dr Izani Husin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan berkata, bayaran tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat untuk meringankan beban para peniaga berikutan pembatalan aktiviti bazar Ramadan.

Advertisement

“Agihan akan dibuat berdasarkan senarai nama yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah masing-masing”

Gambar Hiasan

Ujarnya, proses bayaran sagu hati berkenaan akan diuruskan oleh pihak PBT masing-masing. Bukan itu sahaja, bayaran yang telah dibuat untuk menyewa tapak bazar juga turut dipulangkan semula.

“Berhubung soal mana-mana peniaga ingin berniaga di tempat lain contohnya gerai tepi jalan tidak masalah cuma peniaga diminta untuk patuh terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP)”

“Namun, sekiranya pihak PBT membuat rondaan dan peniaga tidak mematuhi peraturan, tindakan akan diambil”

Tambahnya, kemungkinan pembukaan bazar Ramadan bakal dibuka pada bila-bila masa pada bulan Ramadan tidak akan berlaku kerana kerajaan negeri mengutamakan soal status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Semoga dengan inisiatif daripada kerajaan negeri ini dapat sedikit sebanyak membantu peniaga bazar Ramadan yang terkesan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...