Seorang individu meluahkan rasa berang apabila dia dilabel sebagai tidak profesional gara-gara ulasan makanan yang dibelinya di sebuah gerai bazar ramadan yang menjual martabak telah menjadi tular baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, individu itu telah ditegur peniaga bazar tersebut di TikTok.
Manakala di ulasan makanan yang dibuat individu itu, dia memberi ‘rate’ 7 daripada 10 untuk martabak yang dijual peniaga berkenaan.
Rasa lebih ke arah manis sikit, tak tahu lah mungkin hari itu je ke terlebih manis. Daging ada dalam seketul dua yang cincang dalam satu murtabak tu tapi dengan harga RM6, okay lah kot.
“Cuma untuk saya agak mahal lah dengan tak rasa daging, rasa telur je,” dakwa lelaki itu.
Tidak semena-mena, peniaga tersebut telah menghantar mesej kepada pelanggan itu dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap ulasan individu itu.
Cara encik tak profesional, sepatutnya encik boleh pergi kedai kami untuk terangkan, bukan ambil gambar kami tanpa kebenaran.
Dengan hanya RM6 berapa daging yang encik perlukan dalam murtabak dengan kos bahan mentah sekarang ini.
Peniaga berkenaan turut meminta individu itu untuk kembali ke kedai bagi tujuan ‘refund’ namun ditolak selain meminta mereka untuk memperbaiki kualiti makanan bersesuaian dengan harga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.