Peniaga Air Dikecam Ugut Rogol Wanita Kerana Persaingan Perniagaan, Dakwa Tidak Ugut Tanpa Sebab

Trending

Peniaga Air Dikecam Ugut Rogol Wanita Kerana Persaingan Perniagaan, Dakwa Tidak Ugut Tanpa Sebab

Satu video telah viral sejak semalam menunjukkan seorang lelaki yang merupakan seorang peniaga memarahi seorang peniaga wanita dan mengugut untuk merogol wanita itu. Lelaki itu dikatakan marah kerana wanita itu menjual air minuman berdekatan tempat lelaki itu berniaga air minuman.
UgutRogolAN

Lelaki itu juga dirakam mengeluarkan perkataan-perkataan lucah, berkemungkinan untuk menakut-nakutkan mangsa.

Advertisement


Kejadian itu didakwa berlaku di Sri Damansara, berdekatan Lebuhraya LDP. Ia dipercayai dirakam oleh wanita yang menjadi mangsa kemarahan lelaki itu, yang juga ditemani seorang wanita lain dipercayai ibunya. Video itu dimuat naik ke laman Isu Semasa Meletup Reloaded dan mendapat perhatian Netizen. Video itu boleh ditonton seperti di bawah:


Bagaimanapun, lelaki yang mengugut itu telah memuat naik satu status di akaun Facebooknya mendakwa cerita yang berlegar tidak betul.

Salam kepada semua yang mengenali saya. Video yang telah pun diviralkan tu adalah saya. Cerita di sebalik kes ini adalah tidak betul. Saya tidak akan membabi buta menyerang orang tanpa sebab.

Sebenarnya pihak dia telah menyerang kami dahulu dengan membawa gengster sehingga menyebabkan pelanggan kami lari kerana ketakutan. Kami telah mmbuat laporan polis dan kes ini telah pun selesai.

Harap tiada lagi viral-viral yang tak sepatutnya seperti @isusemasameletup

Lelaki yang menggunakan nama Pieyan Dark itu turut meninggalkankan komen di laman tersebut:

Hai semua, dalam video itu adalah saya. Dalam (ruangan) komen ini semua tak tahu cerita sebenarnya. Mereka telah memanggil gengster menyerang kedai kami dan telah memaki hamun emak saya. Anak siapa yang boleh tahan tengok mak korang kena maki dalam ini. Tolonglah siasat dahulu. Sebenarnya aku gaduh dengan lelaki belakang perempuan itu tetapi perempuan itu yang langsi rakam salah aku saja. Come on guys, takkanlah aku nak serang orang tanpa sebab.

Bagaimanapun, alasan Pieyan dipertikaikan oleh Netizen yang menganggap cerita Pieyan agak ‘over the top’:

6

5

4

3

2

7

Ada juga yang mengambil kesempatan memberi review produk makanan yang dijual oleh Pieyan:

1

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Netizen ada benarnya. Alasan yang diberikan oleh Pieyan Dark agak tidak logik dan sekiranya benar berlaku masih bukan alasan untuk mengugut individu lain dengan perlakuan jenayah.

Mungkin di lain kali Pieyan patut belajar mengawal kemarahan kerana apabila marah, kadangkala apa yang dituturkan menjadi luar kawalan dan akhirnya menimbulkan masalah. Bayangkan jika yang diugut begitu ahli keluarga anda?-amazingnara.com

Sumber: Isu Semasa Meletup Reloaded

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...