Pengusaha Makanan Dilarang Guna Minyak Masak Bersubsidi Untuk Berniaga

Trending

Pengusaha Makanan Dilarang Guna Minyak Masak Bersubsidi Untuk Berniaga

Tindakan akan dikenakan kepada mana-mana pengusaha makanan yang menggunakan minyak masak bersubsidi untuk perniagaan mereka, kata ketua cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Langkawi.

Advertisement

Shamnaziman Mohamed Taulan berkata, minyak masak bersubsidi hanya terhad untuk kegunaan persendirian, bukannya untuk berniaga.

“Ini yang menjadi isunya dan pembelian panik serta bekalan di rak kedai berkurangan, sebab peniaga membeli dalam kuantiti banyak,” katanya.

Walaupun belum ada aduan kekurangan bekalan setakat ini di sini, beliau berkata, pemantauan menyeluruh akan diteruskan bukan hanya melibatkan premis perniagaan menjual minyak masak, malah premis menjual makanan dan barangan pengguna.

“(Penggunaan domestik minyak masak) biasanya antara 1kg dan 5kg sahaja dalam sebulan, tapi kalau sudah sampai 100kg atau 1 tan (sebulan) tentulah tak logik. Kita akan buat siasatan,” katanya.

Shamnaziman berkata, kerjasama kementerian itu bersama agensi penguatkuasaan lain di Langkawi setakat ini berjaya menghalang cubaan menyeludup minyak masak keluar ke negara jiran.

“Kita bekerjasama dengan (Jabatan) Kastam dan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) bagi menangani isu penyeludupan di sempadan. Setakat ini tiada ketirisan,” katanya.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...