Seorang wanita dipercayai pengusaha kantin sebuah sekolah dirakam sedang menahan amarah gara-gara tindakan cikgu yang menjual pelbagai aneka makanan untuk para pelajar.
Dalam hantaran video itu kelihatan pengusaha kantin menegur dalam keadaan marah sambil merakam video pelbagai aneka makanan yang dijual.
Antara makanan yang dijual adalah seperti spagheti, bihun goreng, nasi lemak dan roti john dan dijual dengan harga yang lebih murah daripada kantin sekolah itu.
Saya diam bukannya saya tak ni, tapi saya malas nak ni dengan cikgu. Tapi cikgu buat lagi macam ni. Dorang ni semua ada suntikan ke?
Cikgu sekolah itu kemudiannya menjawab bahawa makanan itu dijual sempena hari sukan namun ditepis pengusaha kantin itu yang mendedahkan bahawa penjualan makanan itu berlangsung hampir setiap hari.
Pengusaha kantin itu juga tampil mempersoalkan tindakan itu kerana ada pekeliling menyatakan guru sekolah tidak boleh menjual dalam waktu persekolahan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.