Pengusaha Kantin Ini Tunjuk Bihun Tomyam RM 1.50 Di Kantinnya, Mahu Kanak-kanak Kenyang

Trending

Pengusaha Kantin Ini Tunjuk Bihun Tomyam RM 1.50 Di Kantinnya, Mahu Kanak-kanak Kenyang

Sejak beberapa hari lepas satu status seorang wanita mengenai makanan bernilai RM 2.00 di sebuah kantin sekolah yang ‘menyedihkan’ telah menjadi viral. Wanita itu yang bernama Hanizam Hassan melahirkan rasa terkilan dengan sikap peniaga kantin yang terlalu memikirkan keuntungan dan berkira dengan kanak-kanak sekolah yang hanya diberi nasi putih dan sayur goreng untuk makanan bungkus RM 2.00.
BihunKantinAN

Seorang pengguna Facebook yang juga pengusaha kantin, Shaukat Shahirah, telah memuat naik gambar makanan bernilai RM 1.50 yang dijualnya di kantin sekolah. Makanan itu berupa semangkuk bihun tomyan yang kelihatan seimbang dengan bahagian karbohidrat (bihun), protein (potongan ayam) serta sayuran (lobak merah dan kobis bunga).


Tulis Shaukat Shahirah:

Advertisement

Aku sangat titik beratkan pemakanan budak budak kantin aku.

Aku akan pastikan mereka kenyang dengan duit yang mereka belanjakan.

Aku sangat tak faham manusia yang ambil kesempatan pada budak-budak ini.

Kes viral nasi putih sayur goreng sedih itu memang sangat tidak relevan dengan harga.

Memang tak dinafikan semua barang naik harga, tapi tak bermakna kau boleh sewenang-wenangnya letak harga ikut suka engkau!

Tak salah lebih kurang dengan budak.

Dan tak jatuh miskin kalau kau meniaga sambil bersedekah.

Doa budak-budak pun rezeki tahu, dak?

Aku bukan nak tunjuk aku best, atau aku bagus tapi aku nak tunjuk, aku boleh kenapa kau tak?

Aku berniaga di bandar juga! Bukan di kampung. This is Johor Bahru, tahu?

Engkau rasa barang murah, dak? Huhuhu

Sebab orang macam kau peniaga kantin yang macam aku pun terpalit sama.

Orang dok kecam peniaga kantin jahat. Sangat tak patut.

Ini adalah Bihun Tomyam RM 1.50.

Dan juga makanan ini adalah makanan paling mahal di kantin aku.

#kakakkantinisgeram
#peniagajujurbelumpupus
#kakakkantinlawamakanansedap ??

bihun

Pada pendapat penulis, usaha Shaukat Shahirah untuk menyediakan hidangan yang seimbang pada harga RM 1.50 sangat baik dan bihunnya nampak sedap pula. Adalah sesuatu yang sangat melegakan untuk mengetahui yang bukan semua peniaga kantin mementingkan keuntungan semata-mata. Penulis pasti Shaukat masih membuat sedikit keuntungan dengan harga tersebut.

Malah di Kuala Lumpur ini penulis masih boleh mendapatkan nasi lemak lengkap berlaukkan sambal sotong pada harga RM 2.00. Itu yang menyebabkan penulis agak hairan bila nasi RM 2.00 hanya ada nasi putih dan kobis goreng atau nasi putih dengan kepala ikan keli goreng lada. Takkanlah nak berkira dengan kanak-kanak sampai begitu sekali?

Jika Shaukat boleh, mengapa tidak anda?-amazingnara.com

Sumber: Shaukat Shahirah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...