Pengurusan Mia Sara Pilih Berdiam Diri, Tunggu Masa Sesuai Keluarkan Kenyataan – “Kami Komen Pun Tak Membantu”

Hiburan

Pengurusan Mia Sara Pilih Berdiam Diri, Tunggu Masa Sesuai Keluarkan Kenyataan – “Kami Komen Pun Tak Membantu”

Media sosial terus ‘panas’ apabila pelakon Puteri Balqis tampil lantang ‘menempelak’ pelakon Mia Sara Nasuha, sehingga mendorong netizen membuka semula kisah lama yang didakwa melibatkan bintang remaja itu dan kini menjadi sorotan hangat.

Rentetan kontroversi tersebut, wakil pengurusan Mia Sara daripada Xeno Entertainment memaklumkan mereka memilih untuk tidak mengulas lanjut buat masa ini dan akan menunggu masa yang sesuai sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Advertisement

“Sebenarnya kami memutuskan untuk tidak mahu komen apa-apa buat masa sekarang. Tidak pasti ke tahap mana isu ini akan pergi dan mengeluarkan komen pun tidak membantu.

“Jika dan bila masa yang tepat sampai, serta selepas apa bentuk tindakan perlu diambil, barulah kami akan jelaskan berkenaan isu terbabit,” kata jurucakap syarikat berkenaan.

Kelmarin, Puteri Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi, 19, mencetuskan perhatian ramai apabila secara terbuka memetik nama Mia Sara, 21, dan mendakwa aktres itu pernah memalukan ibunya serta keluarga secara terbuka.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish meluahkan rasa terkilan dan menyifatkan tindakan Mia Sara menangis di hadapan wartawan, baru-baru ini, sebagai satu usaha meraih simpati.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu turut mendakwa Mia Sara pernah meninggalkan komen serta menyukai komen berunsur penghinaan terhadap dirinya dan ibunya, Norashikin Abdul Aziz, di media sosial.

Dalam perkembangan sama, satu hantaran tular di Threads turut mencuri perhatian apabila Mia Sara didakwa mengamalkan gaya hidup ‘kaki clubbing’ yang dikatakan tidak selari dengan imej bertudung yang ditampilkan, sekali gus mengundang perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Janna Nick
2026-01-24 13:25:06

"Awak Baru kena Sikit Pun Dah Melalak, Sampai Junjung Alquran" - Ibu Puteri Balqis Tempelak Janna Nick Susulan Isu Hangat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...