Pengurus Telco Maki Staf Mengandung Dalam Video Viral Digantung Kerja

Trending

Pengurus Telco Maki Staf Mengandung Dalam Video Viral Digantung Kerja

Wanita yang menjerit kepada dua orang stafnya dalam satu video viral didakwa telah digantung kerja sementara siasatan terhadapnya dilakukan.

Twitter rasmi syarikat telekomunikasi Maxis, dalam satu kenyataan memberitahu wanita itu kini telah digantung kerja untuk tempoh yang tidak dapat dipastikan sementara siasatan terhadapnya dilakukan.

Advertisement



Tweet itu bermaksud:

Baru-baru ini, kami telah dimakulumkan mengenai satu kejadian di tempat kerja. Kami kesal ia terjadi dan kini kejadian itu sedang disiasat. Manakala pekerja yang dipersoalkan kini telah digantung kerja untuk tempoh yang belum dimuktamadkan.

Kejadian ini tidak mencerminkan nilai-nilai yang kami junjung, iaitu mencipta ruang kerja yang memberi semangat, positif dan kolaboratif untuk semua pekerja kami. Kami telah menghubungi pekerja-pekerja yang terkesan dan menyampaikan kekesalan kami terhadap kejadian tersebut.

Sementara itu, ramai menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Maxis dan mengugut akan memboikot syarikat telekomunikasi itu.

Satu komen di Reddit mendakwa video itu telah berlegar di kalangan pekerja bahagian jualan syarikat itu selama beberapa bulan namun pihak pengurusan tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya.

Wanita berpangkat pengurus itu didakwa mempunyai ‘hubungan rapat’ dengan orang atasan Maxis. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...