February 25th, 2015

Sebelum ini tersebar berita bahawa penyanyi cilik Indonesia iaitu Tegar dikatakan terpaksa mengemis di jalanan semula kerana telah ditipu oleh pengurusnya dari Malaysia.

Tegar yang baru-baru ini berada di negara ini telah mengadakan banyak persembahan di Kuala Lumpur termasuk menghadiri majlis sambutan ulangtahun kelahiran Datuk Siti Nurhaliza Januari lepas.

Menerusi laporan media Indonesia, Tegar dikatakan tidak mempunyai wang simpanan kerana diambil oleh pengurus tersebut sebelum dia dihantar pulang ke Indonesia secara tiba-tiba manakala passportnya diambil.

Pengurus itu yang diberi nama ‘A’ telah muncul dalam rancangan Melodi TV3 memberikan penjelasan panjang lebar bahawa semua itu hanyalah satu rekaan dan mendakwa telah menjaga Tegar dengan baik selama penyanyi itu berada di Malaysia.

Bagaimanapun, seorang artis dari negara Singapura telah tampil dengan dakwaan bahawa ‘A’ ialah seorang yang lebih teruk dari syaitan.

Sufie Rashid yang tampil dengan dakwaan berikut:

Saya kenal siapa A. Nama dia Arif Dollah. Jika ada sesiapa nampak dia, jangan bekerja dengan dia. Dia lebih teruk dari syaitan.

Dia pernah menguruskan saya tetapi dia telah menggunakan saya dan menguasai kehidupan keluarga saya. Kasihan Tegar, dia seorang budak yang lurus.

Kepada Arif, kalau awak baca ini, hati-hati kerana semua orang mencari anda. Awak adalah satu-satunya lelaki yang saya tidak akan maafkan sampai bila-bila pun atas apa yang anda lakukan terhadap saya dan keluarga saya.  Awak lebih teruk dari binatang.

Kemudian, mStar Online melaporkan bahawa seorang penggosip Facebook, Nur JM Mohd yang berasal dari Singapura tampil dengan dakwaan pengurus Tegar yang bernama “A” adalah seorang penipu dan tidak boleh dipercayai.

Setelah menipu artis di bawah jagaannya ‘A’ dikatakan akan menyalahkan ‘management’ untuk menyelamatkan diri:

Kalau betul dakwaan ini memang kasihan dengan Tegar kerana dipergunakan sedangkan dia masih mentah dan berasal dari keluarga miskin pula. Sebelum ini Tegar dikhabarkan juga pernah ditipu oleh pengurus lamanya.

Kita tunggu apa perkembangan terbaru tentang perkara ini dan sekiranya benar Tegar dianiaya semoga keadilan akan berpihak kepadanya. What say you?


Comments are closed.

Loading...